Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Sunday, May 14, 2006

    mecca

    Bila ke Dundee city centre, nampak jelas terpampang tulisan Mecca di sisi Bingo, bangunan agam pusat perjudian. Ada yang mengatakan itu satu penghinaan kepada umat Islam, sebab menggunakan nama tempat suci Islam sebagai nama tempat perjudian.

    Penemuan seterusnya memahamkan saya lebih kenapa nama tersebut digunakan.

    http://dictionary.reference.com/search?q=mecca

    n 1: joint capital (with Riyadh) of Saudi Arabia; located in western Saudi Arabia; as the birthplace of Muhammad it is the holiest city of Islam [syn: Mecca]

    2: a place that attracts many visitors; "New York is a mecca for young artists"

    Mecca juga digunakan dengan maksud tempat yang menjadi tumpuan orang ramai.

    Saya lihat ada iklan rancangan di tv bertajuk ‘mecca shopping’. Bukan pergi shoping di mekah, tapi tempat tersebut - saya tak pasti di mana - sebagai tempat tumpuan orang ramai untuk pergi shoping.

    Nama Mecca telah digunakan kerana mengambil sempena Mekah sebagai tempat tumpuan orang paling ramai setiap tahun.sampai melimpah2 di musim haji. Kalau nak banding Mekah tempat haji umat Islam dengan tempat haji Kristian, Vatican, Holy Sepulchre di Jerusalem atau St Catherine di Egypt, tak la seramai tu. Dan juga tempat haji umat Islam satu, tiada dua. Berbeza dengan Kristian, tumpuan mereka terbahagi2 mengikut mazhab, catholic, Orthodox, dll.

    Moral: Kengkadang, kita terlalu sensitif dengan apa yang orang non-muslim buat sehingga cepat menilai negatif akan semua benda. Ini perancangan Yahudi, Ini perancangan Kristian, tanpa sumber yang abash. Justeru membina benteng dan jurang yang jauh dan semakin jauh antara kita dengan mereka. Kalau yang memang terbukti tu lain cerita. Ni yang main agak2.

    Islam bukan mengajar kita untuk bermusuh dengan nonmuslim semata kerana mereka tidak beriman kepada Allah. Hatta Kristian dan Yahudi dipanggil ahli kitab dalam Al-Quran, dan diberi kedudukan yang berbeza dari musyrikin lain. Justeru, sebagai umat Islam yang sepatutnya memimpin dunia dengan syariat Ilahi, kita perlu bersedia untuk memimpin bukan sahaja umat Islam, tetapi juga bukan Islam. Justeru, kita perlu kenali mereka dan fahami latar belakang mereka untuk menuju ke arah itu. Mudahan dengan itu, kita akan lebih menghargai agama kita yang telah ditajdidkan oleh Allah Taala menerusi Rasulullah s.a.w. dari syariat yang terdahulu.

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger