Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Monday, October 02, 2006

    Bersyukur dengan apa yang ada, Allah akan tambah lagi..

    Allah Taala berfirman: Jika kamu bersyukur, nescaya aku tambah nikmatKu kepadamu, tapi jka kamu kufur, sesungguhnya azabKu amatlah pedih.

    Saya dapat ayat ni dari Kak T. Kak T cakap abah bacakan ayat ni dalam usrah keluarga pagi2, lepas solat subuh, sebelum ke sekolah masa abang dan kakak-kakak ku masih kecil dulu.

    Kak T kata dia pegang sungguh dengan ayat ini. Sungguh, asaya lihat rezeki Kak T memang murah. Walaupun Kak T hanya bekerja sebagai guru, tapi duitnya boleh bantu umi dan abah, bayarkan cukai tanah abah, belikan apa2 untuk kami adik beradik, pendek kata duitnya tak pernah kering. Dia tak pernah lokek membantu adik2nya.

    Saya masih ingat pesan umi dalam suratnya kepada saya. Kak T banyak berkorban untuk kami sekeluarga. Umi pesan kalau ummi pergi, umi suruh jaga dan sayang Kak T sebagaimana saya sayang umi. Isk... mata saya berair...

    Insya Allah umi, saya akan sayang Kak T. Walau pun apa yang berlaku, Abang P, Kak T, Kak Bah, Kak Yah, Kak Mar tetap darah daging saya. Anak-anak mereka adalah darah daging saya. Buruk mereka buruk saya juga. Baik mereka baik saya. Kerana itu saya rasa bertanggungjawab terhadap masa depan mereka.

    Peluang berada di UK ni, dengan kemudahan penggilan telefon ke Maysia yang free, cuba saya manfaatkan untuk bertanya khabar mereka, meminta nasihat mereka.

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger