audio book
Hari ini, saya ke library council kat simpang Blackness Avenue ke perth road, dengan niat untuk study di situ. Komputer hanya boleh guna 2 jam sekali booking untuk membolehkan lebih ramai orag menggunakannya jika ramai orang, nanti, kalau tak de orang, saya boleh renew balik.
Saya jumpa iklan pinjaman audio book.

Rest your eyes, treat your ears, listen to a good book while .. sunbathing, driving, cycling, in the gym, jogging, ironing, cooking etc.
Pendekatan yang bagus untuk mengisi masa lapang dan memaksimumkan penggunaan masa. But kerja lain sambil mendengar buku. (bukan membaca buku, tapi mendengar buku). Ada orang lain yang tolong bacakan dan kita dengar sahaja. Konsep ini juga digunakan dalam pengiklanan. Secara kita tak sedar, info atau maklumat itu masuk ke otak kita, tanpa kita bersusah payah mengerjakan mata untuk menterjemah baris2 huruf dan perkataan untuk memahami maksud penulis. Dengan bacaan dan intonasi pembaca, membantu kita lebih memahami dan menghayati apa yang nak disampaikan dalam sesuatu buku.
Hmm. Idea yang menarik untuk convertkan buku2 ilmu agama ke dalam audio book!!! Jadi boleh DENGAR buku sambil buat kerja2 lain… menarik bukan!! Tiada alasan lagi tak cukup masa nak baca buku dan menimba ilmu Allah. Manfaatkan teknologi untuk efektifkan amal kita.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home