Da Vinci code - mengapa rasul2 tidak boleh dilukis dalam Islam
Lukisan The Last Supper yang membayangkan satu majlis makan malam di mana (so called) Jesus makan bersama disciples(pengikut)nya sebelum beliau dibunuh, menjadi begitu hangat hingga membuka kepada kajian demi kajian dewasa ini dan sejak sebelumnya. Pelbagai teori telah timbul sehinggalah individu yang sebelum ini dikatakan sebagai lelaki, St john, yang duduk di kanan (so called) Jesus kini dianggap sebagai perempuan, Mary Magdalene. Lebih jauh dari itu, bentuk V yang terbentuk dari kedudukan Mary itu dengan Jesus menggambarkan Vagina, atau rahim, yang seterusnya menggambarkan code yang cuba disampaikan oleh Da vinci bahawa Mary Magdalene adalah isteri kepada Jesus. Mereka berkahwin dan mempunyai anak, keturunannya masih ada sampai sekarang. Kisah ini digambarkan dalam filem Da Vinci Code.
Ada lagi filem2 lain yang dibuat berkait dengan kisah, kajian dan teori ini.
reference: Da Vinci speak
Komentar saya.
Bagaimana suatu peristiwa yang bersejarah, berkaitan dengan akidah boleh diagak2 dan dikaji2 dengan teori manusia dan akal ke atas sebuah lukisan yang macam2 interpretasi boleh dibuat ke atasnya. Holy Grail (Kristian hari ini menggunakan cawan bentuk mangkuk yang berkaki untuk minum holy water) dianggap hilang dan menjadi suatu misteri apabila ia tidak kelihatan dalam gambar the last Supper tersebut. Sebaliknya terdapat 13 gelas kaca yang tidak berkaki. Siapa Leornado Da Vinci hingga lukisannya dilayan seperti kitab suci? Kenapa lukisannya dianggap maksum sehingga apa yang tiada padanya menjadi suatu misteri. Bukankan dia hanya pelukis, pasti ada mesej yang dapat dimasukkan ke dalamnya, dan ada juga mesej yang mungkin terlepas pandang oleh beliau.
Di sini jelas kepada kita kenapa Islam tidak membenarkan gambar Rasul2 dilukis. Kerana di akhir nanti, penonton boleh mempertikaikan malah menganggap yang bukan2 kepada gambar tersebut, malah dianggap suci seperti mana yang berlaku kepada lukisan The last Supper ini. Islam tidak membenarkan lukisan para rasul. Tetapi Islam membenarkan penyebaran ilmu melalui lisan dan penulisan. “Iqra’” firman Allah dalam al-Quran.
Da Vinci Code mengajar saya hikmah di sebalik hukum tidak membenarkan rupa para Rasul dilukis.
Selain itu alasan yang saya dengar sebelum ini ialah, Jika lukisan tersebut dilukis malah diukir, tidak mustahil suatu masa ia akan disembah seperti Tuhan. Itu telah pun berlaku kepada The Last Supper yang dianggap suci dan dikaji hingga mencabar fakta dalam kitab suci mereka sendiri.
Renungilah apa firman Allah Taala dalam surah Al-baqarah;
[76] Dan apabila mereka (orang-orang Yahudi pada zaman Rasulullah) bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: "Kami telah beriman"; dan apabila mereka berjumpa sesama sendiri, mereka berkata: "Patutkah kamu ceritakan kepada mereka (orang-orang Islam) dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah kepada kamu (di dalam Kitab Taurat mengenai kebenaran Nabi Muhammad) untuk menjadikannya hujah (bukti) yang dapat mengalahkan kamu di sisi Tuhan kamu? Tidakkah kamu berakal?"
[77] (Mereka berani berkata demikian) dan tidakkah mereka ketahui bahawasanya Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan?
[78] Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua mereka) dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja.
[79] Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home