maternity leave
Saya petik artikel ini dari seorang sahabat...

Salam untuk semua. Saya bukan nak timbulkan isu yang pelik, yang menjadi buah mulut orang tetapi oleh sebab saya sendiri pun baru je habis menjalani rotation Obstetrics n Gynaecology, agaklah terfikir sebenarnya tentang faedah kepada ibu-ibu mengandung di Ireland ni. Bukan setakat Ireland je, malah kelebihan yang diberikan kepada ibu-ibu mengandung di seluruh benua Eropah ini turut menggambarkan keprihatinan kerajaan yang memerintah di negara masing-masing.
Kalian semua bolehla merujuk kepada link di bawah :-
http://www.citizensinformation.ie/categories/social-welfare/social-welfare-payments/social-welfare-payments-to-families-and-children/maternity_benefit
http://www.citizensinformation.ie/categories/employment/employment-rights-and-conditions/leave-and-holidays/maternity_leave
http://www.mercerhr.com/pressrelease/details.jhtml?idContent=1221340
http://www.mohr.gov.my/faq-bm.php
Link yang pertama dan kedua menunjukkan keterangan FAQ kepada masyarakat ibu mengandung di sini tentang bagaimanakah pelaksanaan Maternity Benefit di bumi Ireland ni sehinggakan Maternity Leave boleh menjangkau sehingga 22-26 minggu keseluruhannya ie hampir menjangkau 5-6 bulan hanya lah untuk cuti bersalin semata-mata. Link ketiga pula berkaitan tentang study yang dijalankan oleh Mercer Human Resource Consulting tentang kajian menyeluruh ke atas Maternity Benefit secara perbandingan ke atas beberapa buah negara besar di Eropah. Link yang keempat pula menunjukkan tentang FAQ daripada MOHR di negara kita tentang ‘Maternity Benefit’ yang jauh berbeza dan juga mempunyai syarat-syarat tertentu - saya boleh kata serba tak cukup lah jika nak dibandingkan dengan apa yang ditawarkan oleh negara-negara non-muslim yang lain. Agak mengecewakan bagi saya!!
Hmm.. Iran secara ‘legal’nya melaksanakan cuti bersalin sehingga 90 hari . (boleh dirujuk di :
http://www.apesma.asn.au/women/maternity_leave_around_the_world.asp
(link ni juga mungkin ‘reliable’ untuk kalian bandingkan perbezaan cuti bersalin dan ‘percentage paid leave’ untuk ibu-ibu bersalin di kebanyakan negara serata dunia )
Ada sumber info lain mengatakan yang Iran membolehkan ibu-ibu bersalin mengambil cuti sehingga 2 tahun tanpa gaji ( betulkan saya jika perkara ini silap) .
Perbezaan-perbezaan ini sengaja saya paparkan untuk kita fikirkan bersama .Sebagai contoh, kat Ireland ni ramai je antenatal patient (mungkin juga di UK ) mengambil cuti sehingga sebulan lebih awal dari tarikh dijangkakan melahirkan anak semata-mata untuk bersiap sedia menghadapi saat-saat genting untuk melahirkan anak disusuli saat-saat manis mendokong sendiri anak yang baru lahir setelah lebih 9 bulan tempoh kehamilan. Bukan setakat ibu-ibu mengandung je yang cuti awal, bahkan partner-partner/ suami-suami mereka turut mengambil cuti sehingga 2 minggu lebih awal daripada due-date (expected date of delivery) untuk bersama-sama menemani isteri , memberikan moral support yang jitu kepada isteri masing-masing. Sungguh terharu!!! (diharap kepada muslimin sila take note perkara ini )
Isu parental leave ni jika di Ireland memang takde lah kata di’recognized’ dalam perlembagaannya tetapi para majikan digalakkan untuk memberi ‘paid paternal leave’ sama ada untuk menemani isteri bersalin ataupun dalam prosedur mengambil anak angkat (boleh rujuk di :-
http://www.citizensinformation.ie/categories/employment/employment-rights-and-conditions/leave-and-holidays/paternity_leave )
Tetapi bagaimanakah halnya pula jika perkara ini dirujuk pada negara kita sendiri? Kalau tidak silap isu parental leave ni pernah timbul satu masa dulu , dilaung-laungkan oleh kementerian pembangunan wanita negara tapi seolah-olah bising sekejap sahaja tanpa tindakan dan kata putus. Isu untuk dipanjangkan ‘maternal leave’ juga sama, hanya bising-bising sekejap tapi lepas tu senyap tiada khabar berita akan tindakan susulan Betulkan saya jika saya terlepas pandang. Hanya bikin ‘gempak saja di awal-awal, tapi tetap sama dengan hanya 60 hari cuti bersalin maksimum akhirnya. Hanya cukup pada masa itu sajakah ‘bonding’ bersama anak selama 24jam sehari dapat dilaksanakan? Cukupkah setakat itu?
Tapi itulah hakikatnya, baru isu maternity yang sebegini, belum lagi masuk isu-isu kenegaraan/kemasyar akatan yang lebih besar lagi tu. Hmm.. sekali tengok mungkin sesetengah orang rasa kecil je isu maternity ni tapi perkara ni sangat penting – melibatkan pembangunan keluarga amnya. Bagi saya, orang-orang macam kita la apabila pulang ke negara sendiri nanti mesti sama-sama berusaha memikirkan yang ‘sekecil-kecil’ perkara seperti ini tapi sebenarnya impaknya adalah besar untuk pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat amnya. Sama-samalah kita fikirkan…


0 Comments:
Post a Comment
<< Home