pemikiran kritis tanpa terpengaruh
Bagaimana untuk mempelajari agama lain selain Islam dengan keadaan kita tidak mahu terpengaruh dengan ideologi yang dianuti?Juga bagaimana untuk kita mengkaji pemikiran2 orang lain yang mungkin bertentangan dengan Islam, pada masa yang sama kita tidak mahu terpengaruh dengan pemikiran songsang tersebut? Ramai ibu bapa yang tidak membenarkan anak2 mereka membaca tentang agama lain seperti Kristian dsb. Kerana bimbang ajaran tersebut akan mempengaruhi mereka.
Persoalan yang perlu dikajiā¦
Setakat ini, saya ada beberapa cadangan untuk saya aplikasikan sendiri.
1. Untuk diri saya sendiri. Apabila baca apa2 bahan bacaan, pastikan kita ingat siapa yang berkata begitu. Ini penting, sebab sebelum ini, saya cenderung untuk terus memahami apa yang dibaca, kritikal samaada itu betul atau salah, dan jika betul saya akan mengingati, memahami dan memegangnya. Pendekatan ini yang saya guna tika di sekolah dan undergrad dulu. Siapa penulis bahan tersebut tidak penting bagi saya. Setelah menimbang apa yang dibahaskan itu betul atau salah, jika betul, saya akan memegangnya. Yang salah, akan saya lupakan. Jimat memori.
2. Pengajian postgrad mengajar saya, supaya mengambil kira semua yang dibaca, dengan mengikatnya kepada penulisnya. Menilai dengan kritis mana yang betul dan mana yang salah, tetapi siapa yang mengatakannya adalah penting supaya kita tidak bercampur aduk. Kalau salah mengapa salah, dan kalau betul mengapa betul.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home