recycle bin
Pagi ini, ketika keluar dari rumah, saya jump abeg hitam di luar pintu. Dundee City Council bahagi2kan beg hitam untuk penduduk di sini isi dengan botol kosong dan kertas untuk direcyclekan. Tong sampah hitam khusus untuk botol putih, hijau dan perang serta kertas disediakan di beberapa tempat. Usaha mereka untuk menjaga alam sekitar dibuktikan dengan perbuatan.
Sebulan yang lepas, kami dapat surat pekeliling dari Dundee City Council yang mereka akan buat tong hitam tersebut dan agihkan beg hitam ini. Dan hari ini, kami dapat beg tersebut. Ingatkan guni aje, rupanya cantik juga beg tu, kira semangat la sikit orang nak isi beg tu dengan botol dan kertas dan bawa ke tong recycle tersebut.
[Gambar beg hitam]
Semasa saya berjalan melewati balai bomba, seorang pakcik tua sedang memegang beg hitam dan memasukkan botol kosong dan kertas ke dalam tong hitam tersebut. Bagus pak cik tu. Tua2 pun rajin menjaga alam.
[Gambar tong hitam dekat balai bomba. ]


0 Comments:
Post a Comment
<< Home