derma untuk dog charity?
Suatu hari seorang lelaki tempatan datang ke rumah. Kutip derma untuk dog charity. Saya serba salah untuk memberikan derma. PElbagai perkara bermain difikiran. Anjing, bla bla bla.Hari ini, ketika membaca kitab hadis sahih muslim, saya menemui satu hadis berkenaan menolong binatang.
Abu Hurairah meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w.bersabda:
Ketika seorang lelaki sedang berjalan, dia merasa dahaga dan truun ke dalam satu telaga dan minum air darinya. Ketika memanjat keluar, dia melihat seekor anjing menjilat dan makan Lumpur kerana kehausan. Lelaki itu berkata, “ Anjing ini menderita sama seperti yang aku hadapi,” Jadi dia pun turun semula ke dlaam telaga dan mencedok air dengan kasutnya, menggigit kasut itu dengan giginya, memanjat keluar dan memberi anjing itu minum. Allah mengganjari perbuatan baiknya dan mengampunkan dosanya. Orang2 bertanya,” Ya Rasulullah, Ada pahala untuk menolong binatang?,” Baginda menjawab,” Ya, ada pahala untuk menolong apa2 sahaja benda hidup.” (Hadis Bukhari 2363, Muslim 2244.)
Justeru persoalan tempohari terjawab kini, sepatutnya saya beri sahaja derma. Anjing juga adalah makhluk Allah. Dog charity tersebut telah melakukan kerja mulia kerana menyelamatkan anjing2 yang bukan sahaja kehausan, malah tidak ada perlindungan, kelaparan. Justeru, derma kepada dog charity tentulah sama dengan perbuatan lelaki tadi yang memberi anjing itu minum.
Itu dog charity. Kalau ada cat charity dll, tentulah di sana juga besar ganjarannya.
Kita kengkadang sensitive tak bertempat bila menyentuh tentang anjing. Saya pun masih takut2 nak pegang anjing. Bukan apa, sebenarnya takut kena gigit, geli kena jilat, dan malas nak samak.
Tapi dalam kes lelaki tadi. Setelah anjing tu jilat kasutnya, dia boleh terus basuh kasut dia dengan air tanah yang ada berhampiran telaga itu. Justeru, samak bukan lah suatu yang susah. Ia ibarat membasuh dengan sabun. Bezanya sabun tadi diganti dengan tanah.
Itulah, kita kata kita orang Islam. Tapi sedalam mana kita tahu pasal Islam? Sedalam mana kita tahu pasal Nabi Muhammad s.a.w.?
Wallahu a’lam.
Ya Allah, Faqqihna fiddin wa allimna ta’wil wahdina ila siratika al-mustaqim.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home