Filem/ Animasi Islam: Mampukah aku?
Semalam aku membaca novel Ayat-ayat cinta. Novel ini yang dicadangkan oleh anak usrahku, telah diterbitkan sejak 2-3 tahun yang lalu. Asalnya tujuanku meneroka novel ini adalah untuk meninjau bagaimana gambaran mahasiswa al-azhar yang dipaparkan oleh Habiburrahman. Boleh tahan cara pengolahannya. Namun pendapat peribadiku, bahasa sastera Mohnas(penulis novel Azhari dari Malaysia) dalam Pijar Kinanah rasanya lebih gagah. Dari satu sudut ia kelihatan seperti catatan blog, ataupun diari seorang mahasiswa tentang apa yang dilaluinya setiap hari. Boleh juga dilihat sebagai rakaman apa yang dilihat, dirasa, difikirkan sepanjang beliau di sana. Kesimpulan yang dapat aku fikirkan ialah, untuk membuat novel sebagus itu, aku boleh sahaja tekun mencatat blog / diari personal akan apa yang berlaku sepanjang aku di luar negeri ini, untuk kupaparkan malah rakamkan dalam sebuah novel suatu hari nanti. Ditambah dengan nilai ajaran agama dari ilmu yang dipelajari, cukup bagus untuk berkongsi ilmu secara praktikal dengan para pembaca. Ditambah lagi isu-isu semasa dan maklumat semasa yang berlaku di negara tersebut untuk diteladani. Kerana sungguh dapat kurasai, kita hanya boleh lebih memahami sesuatu itu apabila kita mengalami, melihat dan merasainya. Kekadang orang cerita pun belum tentu kita boleh yakin. Justeru, insha Allah aku akan cuba merakamkan perjalanan hidup di sini, mana tahu, suatu hari nanti, bila aku sudah bergelar nenek, boleh kuterbitkan satu dua novel untuk cucu-cucuku....:)Perkara kedua, jauh di sudut hatiku aku masih menyimpan cita-cita untuk menerbitkan filem/ filem animasi yang dapat memaparkan bagaimana indahnya Islam bila dilaksanakan. Hudud contohnya yang semua orang sepertinya tidak tergambarkan sebab tak pernah ada yang pernah menyaksikan dan mengalaminya.
Hari ini kita banyak mengomen filem2 yang kononnya berunsur Islam yang diterbitkan dalam negara, bahawa ia tidak cukup untuk menampilkan wajah Islam yang sebenar. Hatta filem Ayat-ayat cinta (Indonesia) yang khabarnya pengarahnya adalah seorang cina, memang jauh dari gambaran yang berjaya dipaparkan oleh penulis novelnya. Dengan pelakon watak Fahri yang tidak ada air muka seorang yang warak, kelihatan confius dan tidak bijaksana dari awal filem hingga akhir, kelihatan emosi lebih mendahului akal fikiran. Sehingga Aisha kelihatan lebih bijaksana dari beliau. Sangat berbeza dengan Fahri dalam novel yang sangat menjaga perhubungan dengan ajnabi. Maria juga, tidak pernah masuk ke rumah Fahri dan kawannya sendiri. Tidak seperti dalam filem yang menunjukkan Maria seronok sekali membantu Fahri di rumahnya hingga pernah suatu ketika cuba menyentuh pipinya ketika beliau sedang tertidur.
Pokoknya, novel Ayat-ayat cinta lebih berjaya menampilkan konflik cinta yang biasa dialami oleh para azhari, yang menjaga perhubungan dengan ajnabi, dan mengadun unsur akidah dan kepercayaan ketuhanan dalam menerajui perasaan dalam kehidupan. Manakala filemnya pula, kelihatan lebih menampilkan isu cinta yang biasa dilihat dalam mana-mana filem lain.
Pokoknya, novel Ayat-ayat cinta lebih berjaya menampilkan konflik cinta yang biasa dialami oleh para azhari, yang menjaga perhubungan dengan ajnabi, dan mengadun unsur akidah dan kepercayaan ketuhanan dalam menerajui perasaan dalam kehidupan. Manakala filemnya pula, kelihatan lebih menampilkan isu cinta yang biasa dilihat dalam mana-mana filem lain.
Mampukah aku menerbitkan filem Islam? Atau setidak2nya terlibat dalam membantu penerbitan filem / animasi Islam.
Jawapannya YA dengan kerja secara berjemaah.
Kita ada barisan ulama yang boleh mengupas isu2 islam dan memaparkannya dengan contoh2 hidup.
Kita ada barisan karyawan muda, cthnya GKLN yang boleh memindahkan cerita2 hidup tersebut ke dalam bentuk yang kreatif.
Kita ada pelukis2 animasi yang berbakat seperti Wanzu dan kawan2nya.
Justeru, insha Allah dengan gabungan gerka kerja yang baik, kita insha Allah akan mampu menghasilkan filem sekurang2nya animasi yang berunsurkan islam ini. 

Antara contoh yang baik aku lihat, ialah Ant Bully, bila moral yang ingin diambil pengajaran dari carahidup komuniti semut yang sebelum ini dipaparkan dalam bentuk dokumentari National History berjaya dipaparkan dalam bentuk filem animasi sains fiksyen.
Itu contoh pendekatan yang baik sebagai idea.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home