Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Wednesday, June 18, 2008

    Antara diophysites dan monophysites

    Saya berbincang dengan Dr J. Beliau adalah seorang Kristian yang kini dah tak percaya dengan Kristian. Expertise beliau adalah berkaitan hubungan antara Christian dan Muslim. Sayamerujuk beliau berkenaanmanagement dalam church Christian yang saya duk kaji sejak 2-3 bulan yang lalu. Yang saya pun pening dan sampai sekarang masa research saya banyak habis stuck pada point ini.
    Dengan penerangan beliau, beliau pun mengakui, it is not easy to under stand berkenaan pecahan dalam Christian yang dinamakan monophysites dan diophysites. Mono percaya Jesus adalah 1 nature. human dan divine bergabung menjadi christ the redeemer. Diophysites pula percaya Jesus ada 2 nature iaitu divine nature dan human nature. Beliau menawarkan kepada saya untuk hantarkan kepada saya bahan2 bertulis untuk saya baca untuk memahami hal ini. Saya terima pelawaan beliau tapi saya jelaskan bahawa yang saya dah baca sebelum ini tapi saya tak faham, sebab tu saya perlukan orang untuk jelaskan kepada saya.

    Akhirnya oleh keraa dia kata nak faham memang susah, saya tanya dia personally percaya yang mana. Dia kata dia percaya Jesus bukan Tuhan pun, Jesus adalah prophet seperti Islam percaya Muhammad sebagai prophet, cuma bezanya, Islam percaya Muhammad sebagai prophet sahaja, tapi Jesus adalah manusia yang membawa enlighten, seperti Buddha.

    Saya dah gembira awalnya bila dia kata dia percaya Jesus sebagai prophet, dia dah dekta dengan Islam. Tapi bila dia kata Jesus seperti Budha, saya bimbang dia akan tertarik kepada Budha pula. Saya rasa saya perlu buat sesuatu.

    Hari ini saya baca buku John Wilkinson tentang Jerusalem underrome and Byzantine. Ada bahan menarik tentang Jesus yang dilahirkan di Bethlehem dan menyampaikan dakwahnya. Tidak ada disebutkan langsung tentangJesus mendakwa dia sebagai Tuhan. Malah dia mengajak manusia kepada menyembah Tuhan.

    Apa yang saya faham di sini. Walaupun kita sebut nabi Muhammad sebagai prophet, dan orang non-Muslim yang duk belajar Islam ini menyebut muhammad sebagai prophet, tapi sejauh mana mereka faham fungsi, tugas dan sifat Nabi dan Rasul itu akan menentukan bagaimana penerimaan mereka kepada Muhammad s.a.w.

    Saya tertarik kepada satu fakta, Jesus diutuskan sebagai salvation kepada manusia. Salvation menurut Dr J, ialah eternity peace (mungkin dia dah terpengaruh dengan idea Budha). Salvation ini bermakna selamat, selamat di akhirat antaranya. Selamat dari neraka.

    Bukankah ini juga tujuan diutuskan Nabi Muhammad? justeru, kalau setakat salvation ini sahaja, peraa Jesus dan Muhammad ialah sama. Dan ini tidak lari dari kepercayaan muslim terhadap Jesus sebagai Rasul.

    Cuma yang bezanya, Muslim tidak percaya Jesus sebagai Tuhan. Dan isu ini pun yang menjadi kepeningan mereka sehingga kini.

    saya tanya Dr J, apa implikasi kepada kepercayaan diophysites dan monophysites ini?
    Kerana dalam Islam, kita juga membincangkan tentang kalan Nabi Muhammad, ada yang divine, ada yang human.
    Hadis beliau tentang agama adalah divine, malah boleh digunakan untuk derive hukum, dan boleh pula menerangkan ayat Al-Quran.
    Tapi ada kalam beliau yang merupakan kalam sebagai manusia. cthnya: kalam beliau tentang proses grafting (mengahwinkan) pokok tamar.
    Itu adalah urusan duniawi dan petani lebih faham urusan pertanian mereka. Itu pengakuan baginda selepas itu.
    Justeru implikasi dari dua jenis kalam ini ialah, ada kalan Nabi Muhammad s.a.w. yang boleh dijadikan sumber hukum, dan ada yang tidak.

    Dr J kata perbincangan tentang nature Jesus ini adalah untuk memperjelaskan nature Jesus itu sendir iyang didakwa anak tuhan. Jika dia anak tuhan, maka dia juga adalah tuhan. Jika dia adalah tuhan, justeru bagaimana dia boleh lahir dari rahim manusia?
    dari situlah terbit idea bahawa dia adalah divine dan human. Justeru perbincangan yang telah berlanjutan sejak sebelum Nabi Muhammad diutuskan menjadi Rasul hingga sekarang ini hanya berkisar tentang menjawab akan nature Jesus itu sebagai Tuhan sahaja. Yang telah membawa perpecahan kepada gologan Christian kepada bukan sahaja Diop[hysites dan monophysites, tapi ada satu lagi sekurang2nya yang Dr J sebutkan iaitu Armenian Christian, yang... saya tak faham penjelasan beliau. sebab kami kena pergi makan selepas itu. insha Allah kalau berkesempatan, saya akan fahami lagi.

    Ketika itu, hati saya meronta2 nak sebutkan kepada dr J, subhanallah, kalau inilah masalahnya, Tuhan (Godfather mereka), Allah telah pun tahu dan telah pun memberikan jawapannya, iaitu dalam Quran, surah al-ikhlas, bahawa Dia adalah satu dan tak pernah beranak dan diperanakkan. kalau Christian nak dengar 'cakap' Godfather ini, maka mereka tak akan buang masa hingga sekarang masih cuba mencari penjelasan2 tentang nature Tuhan mereka.


    Insha Allah, suatu hari nanti, saya akan cuba bincang lagi dengan Dr J, Ya Allah permudahkan laluan dakwah hambaMu ini.
    Ada 2 lagi mad'u saya untuk saya sampaikan hal ini. Ryan, pelajar master dengan Joseph, pelajar PhD di sini yang juga seorang priest.


    bersambung...

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger