Penggunaan perkataan Allah oleh orang Kristian
Penjelasan Ir Khalid Samad tentang isu penggunaan perkataan Allah oleh orang Kristian
klik di sini
Saya dalam proses membuat gambarajah susur galur agama-agama yang berasal dari langit (semuanya bertuhankan Allah, ) Cuma ada penyelewengan2 yang telah berlaku sepanjang masa dan Allah mengirimkan rasul2Nya untuk memperbaharui dan mengembalikan akidah hamba2Nya ke jalan yang benar. Justeru tuhan orang Kristian memanglah Allah, cuma ia tidak cukup setakat itu, perbincangan seterusnya perlu diperhebatkan supaya kita smeua dapat mencari kebenaran.
Analogi:
Di sekolah G tinggal pelajar A, B dan C. Setelah majlis orientasi, mereka mendapati keturunan mereka berasal dari satu. Iaitu Moyang mereka yang bernama Z.
C menyimpan satu diari moyang mereka yang telah dihafal dan ditulis kembali oleh atok mereka. Manakala B pula memiliki diari moyang mereka yang dihafal dan ditulis kembali dan dihafal kembali oleh bapa dan pakcik2nya. B dan C tahu banyak maklumat tentang moyang mereka telah hilang dan perlu dicari semula. Banyak pertemuan2 mesyuarat yang dibuat di kalangan pakcik2 sepupu2 dan sedara mara yang lain untuk mencapai kata sepakat apa pusakadan wasiat yang ditinggalkan oleh moyang mereka dahulu.
A pula menyimpan diari moyang mereka yang asal, iaitu yang diberikan betul2 oleh moyang mereka melalui pesuruhnya.
Baik, antara diari yang disimpan oleh A, B, dan C, manakah yang paling wajar dipegang oleh generasi yang tinggal di sekolah G?


0 Comments:
Post a Comment
<< Home