Indahnya berkongsi dengan sahabat
Anda memesan melalui telefon, satu set makanan dari restoran untuk makan tengahari.
Dalam perjalanan untuk mengambil makanan tersebut, anda teringat sahabat anda sebilik tempat anda belajar. Anda ada sembang2 dengan dia sebentar tadi dan dia kata ada bawa mee segera untuk makan tengahari. Anda terasa menyesal kerana terlupa untuk bertanyakan sahabat anda itu andai dia ingin memesan makanan juga semasa anda membuat order melalui telefon sebantar tadi.

Oleh kerana anda akan stay sehingga 8.30 malam untuk belajar hari ini, sambung ke library selepas bilik belajar tutup, maka anda perlu makan sesuatu yang mengenyangkan tengahari ini.
Anda tiba di restoran dan mengambil makanan. Untuk membuat order baru akan memakan masa. Sedangkan masa anda amat terhad akhir2 ini.
Anda membawa plastik bungkusan makanan dan bergerak kembali ke bilik belajar. Fikiran anda bolak balik, hendak diajak sahabat anda makan sekali atau tidak. Makanan ini bukannya banyak sangat. Nanti anda tidak kenyang pula, dan tidak dapat bertahan hingga ke malam. Tapi, tidak sampai hati pula rasanya anda makan sedangkan sahabat anda tidak. Tapi anda memang tidak bersalah sebab setiap orang sepatutnya bertanggungjawab menguruskan makan tengahari mereka sendiri. Anda memang tidak bersalah kalau anda tidak mengajak sahabat anda. Tapi anda teringat bahawa makan sendiri tanpa mengajak sahabat bukan prinsip anda. Sedikit pun kena kongsi, kerana di situ ada keberkatan.
Lalu anda teringat, bahawa yang mengenyangkan manusia, bukanlah makanan. Yang mengenyangkan kita adalah Allah. Kalau rezeki itu berkat, makanan sedikit pun insha Allah jadi cukup.

Lalu... anda menekan hp anda dan mengajak kawan anda ke ruang makan untuk sama2 menikmati juadah tersebut. Walaupun sedikit, tapi dinikmati bersama, insha Allah lebih nikmat.
Anda siap makan. Alhamdulillah, kenyang. Biasa satu set tu anda makan seorang, tapi hari ini, anda makan berdua, juga kenyang. Alhamdulillah.
Anda mengucap syukur kepada Allah, kerana telah mengurniakan anda kenyang hasil dari ikhtiar makan yang anda buat.
Sesungguhnya makan itu ikhtiar. Ikhtiar itu memang Allah suruh kita buat. Allah menjadikan setiap benda di dunia ini diiring sebabnya. Allah tak akan memberi kita kenyang tanpa usaha kita makan, kecuali dalam situasi2 tertentu. Tapi yang memberi kenyang itu sesungguhnya adalah Allah.
Alhamdulillah Ya Allah. Indahnya hidup bersama Allah. …..

0 Comments:
Post a Comment
<< Home