hadiah buat anak buah
Semalam saya tamatkan bacaan novel ayat2 cinta. Punya lama saya amik masa nak habiskan novel tu. Baca bila ada sela masa yang renggang. Pun begitu, saya puas hati. Setiap kali saya baca novel tu, ada perkara yang bermanfafat yang dapat saya kutip. Ada motivasi yang tersuntik. Ada ilmu yang tergali. Ada budaya yang dapat dikenali.
Pada saya novel itu sangat menarik. Memori saya terimbau kembali ke zaman silam, tatkala kaki2 ini masih menapak di bumi anbiyak tersebut. Tatkala saya ke hulu ke hilir menziarah teman2 berlainan negeri buat bersama2 menimba ilmu secangkir dua. Walaupun orang menuduh ahli PMRAM asobiyah sebab duduk mengikut rumah negeri, saya tidak merasa begitu, malah, saya sering ke rumah2 negeri lain malah sering juga bermalam di sana, belajar bersama teman2. Di mana ada kumpulan diskusi pelajaran, saya akan cuba hadiri. Dari situ, saya kenal ramai kawan dan dapat rapat dengan ramai orang. Menjimatkan masa. Sebab saya memang suka study group. Tak suka study sorang2.
Saya tak tahu bagaimana pembaca bukan pelajar Mesir menanggapi situasi yang dialami oleh Fahri bagaimana. Tentang hubungan lelaki perempuan yang dijaganya. Tentang cinta yang hanya boleh dikatakan cinta manusiawi yang suci, yang perlu dipertahankan, hanya setelah diijab kabulkan. Segalanya sebelum itu, hanyalah perasaan dan emosi, yang boleh datang dan pergi. Malah boleh menjerumus kepada perkara yang tidak baik dan dosa jika dilayan2.
Saya terasa kisah yang dilalui oleh Fahri, sebahagiannya pernah saya lalui dulu. Justeru, saya yakin, bukan saya seorang yang pernah melalui situasi itu. Mungkin orang lain, malah orang-orang lain juga pernah melaluinya.
Kisah saya pernah saya titipkan buat adik2 yang minta semangat dalam menjaga hati sebelum berumah tangga. Pernah juga saya titipkan sedikit kepada anak2 buah dalam kem motivasi yang saya buat di rumah dulu untuk anak2 sedara yang sedang beranjak ke usia remaja. Saya bercita2 untuk merakamkan kisah saya dalam sebuah novel untuk dihadiahkan buat anak2 sedara saya. Ingin saya buktikan kepada mereka bahawa dengan menjaga kesucian hati, tanpa perlu bercouple sana sini, Allah akan menganugerahkan kita pasangan yang lebih suci. Walaupun saya tidak pernah ada couple, tapi Allah mengaturkan hidup saya sebegitu rupa hingga saya kahwin bila tiba masanya. Alhamdulillah.
Walaupun ada pihak2 tertentu yang cuba melamar saya sebelum masanya, tapi kerana itu bukan jodoh yang Allah tetapkan, kalam mereka terhijab dari sampai kepada saya. Begitulah yang dihadapi Fahri ketika berhadapan dengan Nurul dan Maria. Allah menghijab mereka dari tersampai mesej mereka kepada Fahri hinggalah selepas beliau membuat keputusan untuk kahwin.
Saya tertunda2 untuk menulis novel saya kerana mengambil kira mungkin akan melibatkan kisah hidup orang lain yang terlibat. Mungkin bukan sekarang untuk saya catatkan kisah itu. Mungkin juga saya belum ketemu cara yang sesuai bagaimana untuk saya hamparkan kisah itu.
Lalu, setelah saya membaca novel Ayat-ayat Cinta ini, saya kira cukuplah kalau novel ini saya hadiahkan buat anak2 buah saya, kerana kisah saya telah ada dalam karangan Habiburrahman itu. Yang penting mesejnya untuk menjaga hati dan perhubungan, jalan cerita sebenar tidak penting. Apatah lagi, kalau akan melibatkan kisah orang lain yang saya tidak mahu lakukan.
Alhamdulillah, Allah Maha Kuasa mengatur jalan hidup hambaNya.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home