Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Friday, May 25, 2007

    INSET day untuk guru2

    Hari ini K Asyi datang ke ALMI dengan Nuha. Sekolah Nuha tak cuti, Cuma pelajar tak perlu ke sekolah. Cikgu sahaja yang pergi. Cikgu tak cuti. Pelajar cuti. Hari ini dinamakan INSET day. Hari untuk cikgu2 menyiapkan tugasan dan meningkatkan kemahiran masing2 dalam karier perguruan mereka tanpa disibukkan dengan tugasan mengajar.

    lighthouse ialah antara yang menjalankan program2 untuk tujuan mengisi INSET days untuk guru2.

    Suatu idea yang menarik. Cikgu2 di Malaysia terbeban dengan macam-macam tugasan. Bila pelajar bermasalah, cikgu-cikgu juga yang dituding jari.

    Untuk meningkatkan kemahiran diri dsb, cikgu perlu pandai2 mencuri waktu cuti mereka. Besar pengorbanan mu para guru.

    Tuesday, May 22, 2007

    Ya Allah berilah aku kekuatan...terima kasih mak dan abah

    Pagi tadi, saya bersiap2 untuk ke ALMI. Nabhan menangis2 nak ikut. Mak pujuk Nabhan. Nangis juga. Abah pujuk. Abah ajak Nabhan turun ke belakang bagi makan burung kat laman. Abah ambil lebihan makanan kat dapur dan turun tangga dengan Nabhan.

    Bila saya turun, abah dan Nabhan sedang perhati lori angkut sampah di depan rumah. Pekerja2 sedang menarik tong sampah beroda ke lori dan diangkat dengan mesin. Saya bisik pada abah bagi isyarat. Abah bawa Nabhan ke belakang supaya saya dapat lalu. Saya menapak ke ALMI. Dalam hati saya bersyukur dapat ibu dan bapa mertua yang penyayang, sporting dan sungguh supportive.

    Alhamdulillah.

    Mak tolong jaga Hanan dan Nabhan tatkala saya ke ALMI. Mak susukan Hanan dengan susu yang saya tinggalkan. Mak sediakan bekal untuk abang pergi kerja. Mak tolong settlekan kerja rumah yang tak sempat saya buat.

    Hanya Allah yang dapat membalas jasa kedua mak dan abah. Mak dan abah bagi saya bukan ibu bapa orang lain. Tapi ibu bapa saya sendiri.
    Alhamdulillah.
    Allah mengurniakan saya pilihan yang terbaik tika saya memilih abang sebagai suami dulu. Alhamdulillah.

    Saya bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh. Abah dan mak telah berkorban datang jauh2 untuk membantu saya tika bersalinkan Hanan dan Nabhan dulu. Adik2 beradik lain juga berkorban melepaskan mak dan abah datang ke sini. Anas, sejak mak abah tak ada di rumah, tak pernah balik. Adik juga. Jasa kalian tidak dapat saya balas. Semoga Allah menganugerahi kalian dengan rahmatNya dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

    Ya Allah, bantulah hambaMu ini dalam pengajianku. Ameen Ya Rabbal Alameen.

    Monday, May 21, 2007

    Yahoo pernah ban perkataan Allah - kenapa?

    Masa zaman sekolah dulu2, saya pernah mendengar orang mengajak supaya memboikot Yahoo mail kerana katanya ia berasal dari Yahudi.
    Sejauh mana kebenarannya tidaklah saya tahu.
    Kemudian, saya dengar pula Yahoo sebenarnya berasal dari istilah yang digunakan bagi menunjukkan kegembiraan, ‘yahoo!!’

    Hari ni saya terjumpa artikel yang menarik perhatian saya untuk membacanya.

    Yahoo pernah memban penggunaan terma Allah dalam username. Perkara ini disiasat oleh Ed Callahan, apabila ibunya Lindy Callahan cuba sign up username yahoo menggunakan surname mereka. Baca seterusnya di sini

    Kemudian, setelah membuat penelitian, Yahoo kembali membenarkan penggunaan Allah dalam username. Penjelasannya ada di sini

    Kesimpulannya, saya rasa, Yahoo masih menghormati kebebasan beragama dan mereka cuba menyediakan ruang untuk pengguna pelbagai kebudayaan dan agama. Justeru penyekatan penggunaan terma Allah sebelum ini sebenarnya adalah untuk mengelakkan orang menyalahgunakan perkataan tersebut untuk tujuan keburukan, seperti buat jahat, provokasi, tapi menggunakan nama yang mengandungi perkataan Allah. Sudah tentu orang Islam tidak akan buat begitu. Tentulah orang bukan Islam yang akan menggunakan perkataan Allah untuk membuat provokasi.

    Yang menariknya, istilah tuhan bagi agama lain tidak pula di ban. Ini bermakna tiada penyalahgunaan dibuat terhadap tuhan agama lain. Yang, kalau nak buat pun, mungkin dari penganut agama lain, termasuklah Islam. Ini pada saya memberi kredit kepada Muslim, kerana menunjukkan penganut agama lain dengki dengan agama Islam. Tetapi, Muslim tidak pula menghina tuhan agama lain sebagaimana mereka buat terhadap Allah dengan menyalahgunakannya dalam username email.

    Wallahu a’lam.

    Friday, May 04, 2007

    JW datang lagi. Bersedia!!

    Sebelum ni ada catatan saya tentang Jehovah Witness datang ’berdakwah’ di rumah saya.

    Selepas kali pertama dia datang dan berdebat dengan sopan dengan saya, saya buka Kitab al-Quran dan dia buka kitab Bible versi terjemahan English oleh Jehovah Witness,

    Kemudian, beberapa minggu kemudian, dia datang lagi tapi saya tiada di rumah. Dia tinggalkan booklet yang mengandungi hujah2 diambil dari kitab Bible, Torah dan Al-Quran!!. Maknanya, dia membuat assessment ke atas saya danmenyimpan hujah2 yang syaa katakan, seterusnya balik buat kajian. Saya pun sempat cari balik ayat2 Al-Quran tentang Kristian, mana sempat pun nak buka kitab Bible!!

    Hari ini, dia datang lagi dengan seorang perempuan. Saya menyambut mereka dengan baik. Cuma saya nak kena settlekan Hanan. Jadi saya nyatakan kepada beliau yang tak sesuai nak bincang sekarang. Dia janji akan datang lagi 2-3 minggu akan datang. Saya rasa beliau datang dengan perempuan tersebut supaya saya izinkan beliau masuk. Sebab sebelum ini, saya bawa keluar kerusi untuk dia duduk kat luar pintu tu.

    Kalau dia balik study bagaimana nak jawab hujah saya. Maka saya pun nak kena study jugak la lepas ni camne nak jawab hujah depa. Saya bertekad untuk kaji surah Ali Imran dan Maryam lepas ni untuk tujuan tersebut. Insya Allah.

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger