water birth
Salah satu kaedah untuk melahirkan anak adalah waterbirth.
Website ini mengandungi penerangan tentang bagaimana melakukannya.
www.birthpoolinabox.com
Kita ini tetamu senja... Datang ini satu roh satu jasad... Pulang nanti bawa dosa bawa pahala...
:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]
Salah satu kaedah untuk melahirkan anak adalah waterbirth.
Orang kata, kalau nak cari isteri, dapat yang cantik jelita mesti bahagia. Begitu juga suami, kalau dapat yang kacak perkasa, pasti bahagia. Sebenarnya, mata hanyalah salah satu deria yang dikurniakan Allah Taala untuk menikmati keindahan alam ini dan memberikan kebahagiaan. Allah beri kita 5 deria untuk menikmati segala macam ciptaanNya di dunia ini. Ada mata untuk melihat, ada telinga untuk mendengar, ada hidung untuk menghidu, ada kulit untuk merasa dan juga lidah untuk mengecap. Justeru, kebahagiaan itu juga Allah berikan kepada semua orang tidak kira mereka cukup sempurna deria tadi atau tidak. Jikalah benar memiliki isteri yang cantik dan suami yang kacak itu sahaja yang boleh membahagiakan kehidupan, tentulah si buta merana hidupnya kerana tidak pernah dapat mengecapi kejelitaan wajah isteri atau kekacakan suaminya. Tapi kita dapat lihat banyak keluarga yang salah seorang atau kedua2 pasangannya buta dapat melayari bahtera rumah tangga dengan penuh bahagia, aman dan harmoni. Untuk lebih spesifik, ada yang mendakwa kejelitaan isteri atau kekacakan suamilah letaknya chemistry yang membuatkan seseorang jatuh cinta, sebagai langkah pertama atau langkah2 seterusnya dalam menunaikan tanggungjawab dan objektif berumahtangga. Ada yang kata kalau tak cantik macam mana nak ada feel. Tengok isteri/ suami macam tengok orang lain aje. Tak de beza. Sebenarnya, seperti yang disebutkan tadi, Allah mengurniakan manusia 5 deria untuk menikmati nikmat Allah di alam ini. Kerana itu, ada yang Allah kurniakan wajah tak hensem mana, tapi suaranya merdu bak buluh perindu. Dalam satu sajak Arab yang pernah saya belajar di university dahulu, menyebutkan seorang wanita yang punya air liur semanis madu. Dan ada juga yang tak lawa mana, gemuk lagi, tapi kulitnya gebu, tenang hati bila diusap. Begitulah kepelbagaian nikmat yang Allah kurniakan kepada hambanya di dunia ini untuk melayari kehidupan sementara di alam fana ini. Kehidupan berumahtangga yang Allah bekalkan dengan pelbagai nikmat untuk membuat manusia betah melalui segala kepayahan dan keletihan agar tanggungjawab sebagai khalifatullah di bumi ini tertunai sebaiknya. Justeru, usah gusar andai anda tidak mampu mencari seorang gadis sejelita ainul mardhiyah untuk menghiasi kamar hati, kerana banyak lagi nikmat yang boleh kalian hargai selain dari sebuah wajah yang bermata jeli. Bagi yang telah memiliki isteri/ suami. Tenung kembali 5 deria tadi dan hargailah nikmat yang Allah kurniakan kepada anda melalui 5 jalan tadi. Satu lagi yang paling penting, yang ke enam, iaitu deria hati yang menikmati sekeping hati yang suci, yang patuh pada perintah Ilahi…
Hargailah isteri/suami anda, dan panjatkanlah kesyukuran kepada Allah atas nikmat yang telah dikurniakanNya. Semoga dengan kesyukuran itu, Allah penuhi janjinya untuk menambah lagi nikmat kepada orang2 yang bersyukur…
|
Hari ini saya mengkaji lagi tentang Islam dan Yahudi. Makin banyak saya baca, saya rasa makin tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang Yahudi. Kalau sebelum ini saya merasa orang Yahudi dan Kristian ini ibarat 2 makhluk asing, yang ada cara hidup yang sungguh berbeza- barat la katakan-, kajian saya setakat ini tetang agama Yahudi membuat saya rasa makin dekat dengan agama ini. Bukan dekat bermaksud nak masuk Yahudi, tapi terasa betapa banyaknya persamaan antara agama Yahudi dan Islam. Semakin saya kaji, semakin banyak persamaan yang saya jumpa. Kesimpulan yang dapat saya buat setakat ini, Christian sangat longgar. dan bermudah2. Boleh makan apa sahaja, babi boleh, arak pun boleh. Kalau buat dosa, hanya jumpa paderi dan boleh ampun dosa.Hingga sekarang gereja pun dah membenarkan lelaki berkahwin dengan lelaki, kerana yang menentukan hukum dalam Kristian banyaknya orang2 gereja mereka.
Yahudi pula sangat strict. Kerana ke'strict'an agama ini, Yahudi tidak menggalakkan orang lain untuk masuk agama Yahudi, seolah2 hanya mereka sahaja yang mampu menganggung kesusahan tersebut. Mereka juga lebih cenderung untuk tinggal bersama2 orang Yahudi, agar dapat mengamalkan ajaran Yahudi dengan sempurna. Setakat ini saya melihat Islam adalah yang paling pertengahan. tidak terlalu memberatkan dan tidak terlalu meringankan. sesuai dengan kemampuan manusia yang diciptakan Allah untuk hidup di muka bumi yang penuh dengan ujian ini. Padanlah Rasulullah menganjurkan kita agar berwasadtiah. Sederhana, tidak memberat2kan dan tidak meringan2 Subahanallah, indahnya Islam bila dibandingkan dengan 2 agama monoteism ini. Saya ingin mengkaji lagi, saya suka kaji agama Kristian dan agama Yahudi, kerana dengan itu saya dapat menyingkap banyak hikmah yang ada dalam syariat Islam itu sendiri. Ya Allah permudahkanlah pengajian saya agar pulang nanti dapat saya gilap iman saya dan iman masyarakat di sekitar saya di tanah air. Insha Allah. Kesimpulan setakat ini, sifat Islam Islam adalah wasadtiah. Kalau muslim meringan2kan sangat agama dia, dia mungkin akan mendekati cara orang kristian. Kalau dia memberat2kan sangat, dia mungkin mendekati cara orang Yahudi. Kerana itu, Rasulullah menegur sahabat2nya yang cuba memberat2 dalam beribadat. Yang ingin solat malam hingga tid k mahu tidur, yang ingin berpuasa hingga tidak mahu berbuka dan yang ingin beribadat hingga tidak mahu berkahwin. Rasulullah kata, aku adalah yang terbaik (ikon) dikalangan kamu. Aku berpuasa dan aku berbuka, aku beribadah dan aku kahwin, aku solat malam dan aku berkahwin. Inilah cara hidup berTuhan yang sebenar, yang sepatutnya menjaid titik panduan semua manusia. Dan hari ini saya lebih faham hikmah ajaran rasulullah ini, setelah melihat bagaimana Yahudi memberat2kan amalan mereka dan Kristian pula meringan2kan. Alhamdulillah. Contoh memberat2kan dalam Yahudi. Makanan = kosher. Sembelihan cara Yahudi sama seperti Islam, sebut nama Tuhan, cuma kena sembelih sekali sahaja. Kalau sekali tak putus, dah tak boleh makan, jadi bangkai, so, kena buang, kan membazir tu. Alasannya ? mungkin supaya tak sakit. Err.. macam kena kaji balik pulak, dalam Islam, apa base yang menyatakan boleh potong leher binatang beberapa kali hingga putus? Sebab kalau nak ikut kajian tentang tak sakit kalau sembelih sebab urat saraf dah putus, memang la sakit kalau potong beberapa kali sebab putusnya lambat. Kalau sekali aje, terus putus, urat saraf dah putus, so, dalam satu saat, memang tak rasa pape la. Huhu, cam kena kaji balik ni. Kaji lagi, jom kita kaji...knowledge is power! Dengan ilmu, kehidupan akan jadi mudah dan tidak payah. |
video 1
Dua video di atas menunjukkan sudut terpencil dalam masyarakat kita yang ramai orang tidak tahu. Terutama mereka yang cukup makan pakai dan tidak cuba menjenguk ke luar jendela kemewahan mereka.
Berbicara tentang kesusahan dan keinsafan satu perkara. Satu perkara yang lain ialah, bagaimana dan apa yang boleh kita buat untuk merubah keadaan.
Berkenaan pembaziran.
1. Sediakan makanan hanya mengikut keperluan.
2. Kalau ada lebih jangan segan2 simpan untuk dimakan seterusnya. Lagi baik sebelum jamah makanan budget, agak2 kalau banyak sangat, ingat2 jiran tetangga yang mungkin memerlukan.
Budaya melayu, "tak elok beri orang makanan yang tak habis" mungkin boleh diconsider semula sebab kalau dah tak habis, pastu tak larat pulak nak habiskan, nak bagi orang ada kekangan, kata tak elok bagi yang dah sentuh. Last2 masuk tong sampah. Membazir. Islam dah ajar. Membazir amalan syaitan.
So, salahkah masak banyak2? Saya rasa tak, tapi kena be generous, carikan orang yang tak de makanan dan share. Ajak orang makan sekali dll.
Berkenaan kemiskinan dan berusaha mencari rezeki
1. Dalam hal ini, jika perempuan banyak komplen keja mereka terhad dalam rumah, lelaki pula bertanggungjawab sepenuhnya untuk mencari rezeki. Tanggungjawab lelaki untuk mencari rezeki memang ibadah yang diperintahkan Allah, berbeza dengan wanita, kalau tak keluar keraj tak berdosa, tapi kalau lelaki tak kerja mencari nafkah untu kkeluarga, dia dah meninggalkan satu ibadah yang dituntut ke atasnya sebagai ketua keluarga.
Jadi, kalau nama lelaki, synonim mencari rezeki sebagai tanggungjawabnya perlu ditanam sejak kecil lagi. Usah menyimpan cita2 tak pe tak kerja kalau dapat isteri kaya.
Justeru, cara2 dan jalan2 untuk mencari rezeki yang halal perlu dididik dan diajar supaya mereka punya skill yang pelbagai untuk menempuhi ragam kehidupan masa depan.
Justeru tidak cukup kita memikirkan apa kerja patut saya buat untuk meneruskan hidup. Bila kita berjaya, kita kena jenguk orang2 di sekitar kita dan bantu mereka untuk mendapatkan kerja supaya dapat diusahakan.
2. Konsep 'dah cari kerja tapi tak dapat2'.
Kalau kita lihat dari sudut manifestasi kalimah la ilaha illa Allah. Tiada Tuhan selain Allah. Dalam definisi yang diberikan oleh ulama, Ilah membawa pengertian tumpuan kecintaan, tumpuan periadatan, sumber rezeki, sumber perundangan dan tempat pergantungan.
Mungkin kita cari kerja tak dapat2 kerana kita terlalu bergantung kepada kerja itu ada di tangan orang lain. Sedangkan kita boleh usahakan kerja sendiri. Ada banyak perkara di sekeliling kita yang boleh diusahakan. Lihat kepada diri kita sendiri. Ada banyak kemampuan dan kemahiran yang boleh dimanfaatkan. Justeru ini yang perlu dididik kepada masyarakat agar tidak melihat rezeki itu di tangan orang lain. Sebaliknya melihat orang lain mungkin menjadi wasilah untuk kita mendapat rezeki.
OK, sekarang kita kupas pula apa patut kita buat untuk merubah keadaan jika kita berada dalam kasut watak2 di atas.
Sebagai pekedai.
Bukan salah pekedai kalau pelanggan dia makan tak habis. Pelanggan la yang salah sebab makan tak habis. Realitinya, tak boleh nak expect pekedai pergi jamu orang2 miskin hari2. Sekali sekala mungkin boleh.
Idea recycle. Since memang banyak makanan yang orang tak habis makan, mungkin boleh diasingkan sisa makanan yang masih bersih dan makanan yang dah tak OK. Yang masih bersih boleh taruk dalam satu bekas recycle untuk dimanfaatkan secara percuma bagi mereka yang memerlukan. So tak de la orang2 yang meemrlukan seperti dalam video ini terpaksa mengasingkan spagetti yang dan berlumuran sos dengan saki baki daging ayam yang tinggal kat tulang.
Sebagai pelanggan.
Kita selalu budget duit untuk beli itu dan ini, income tolak perbelanjaan. Tinggal duit baki (kalau ada). Mungkin kita boleh budget awal berapa kita sepatutnya belanja untuk beli something, when its end up duit tersebut tidak dibelanjakan, cthnya, ada la pulak orang belanja kita, atau beli 1 dapat satu percuma. Duit yang tidak digunakan untuk budget hari itu boleh kita simpan dalam satu tabung charity untuk manfaat orang2 yang tidak bernasib baik. Since kita sekarang banyak guna debit card dan tak guna not dan syiling, so, idea tabung mungkin agak sukar. So, sediakan satu buku kecil untuk tulis berapa baki duit yang tinggal untuk hari itu, untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
E budget calculator ini mungkin boleh membantu.
Sebagai pihak yang berkuasa
Kerajaan telah berusaha memberikan bantuan kepada rakyat untuk membantu orang2 miskin dengan pemberian subsidi, bantuan makanan dll. Cuma memberikan 'ikan' tidak sama dengan memberikan 'pancing'.
Contoh yang boleh disertakan, kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Dato' Seri Abdul Hadi Awang suatu masa dahulu, telah membawa pendekatan Islamik dalam menangani isu kemiskinan. Orang2 miskin dibahagi kepada 2 kategori.
1. Miskin tegar - yang tidak boleh diimprove. Seperti cacat, sakit tidak boleh sembuh, tua yang tidak mampu lagi bekerja. Wanita dan kanak2.
2. Miskin yang boleh diperbaiki. Ini diatasi dengan memberikan modal untuk hidup, kemahiran mencari rezeki, memberikan peluang pekerjaan, modal untuk memulakan perniagaan atau usaha. Dengan ini, kadar kemiskinan dapat dikurangkan. Kerana orang miskin yang telah diberikan kemahiran untuk bekerja dan semangat untuk hidup berdikari, akan dapat menjaga kebajikan ahli keluarganya dan mengurangkan pergantungan kepada orang lain.
Islam mendidik umatnya supaya berusaha, dan tidak hanya meminta2. Justeru itu juga, projek meningkatkan taraf hidup rakyat miskin perlu menjadi keutamaan kepada pemimpin supaya rakyat terpinggir yang terbelenggu oleh masalah tidak tahu dan tidak punya motivasi untuk mencari rezeki boleh diatasi.
Skill kehidupan seperti tidak terlalu memilih pekerjaan, berusaha dengan fleksible, tidak malas, membuang budaya hedonisme yang melampau perlu diterapkan dalam jiwa masyarakat. Rakyat yang punya kesedaran melalui NGO2 dan parti2 politik telah berusaha mendekati masyarakat dan menyedarkan mereka akan hal ini, cuma kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat untuk menjaga keajikan mereka seharusnya melihat hal ini dengan lebih serius serta memperuntukkan usaha yang bersepadu ke arah meningkatkan taraf hidup rakyat dengan memberikan pancing, bukan setakat memberi ikan.
Satu kisah diceritakan oleh seorang sahabat yang menyertai kumpulan dakwah ke kampung orang asli.
Kerajaan buatkan tandas untuk orang asli. Berikan baju, dan bahan2 makanan. Kumpulan sahabat ini pergi ajarkan solat , perkenalkan Islam dll. Ada yang masuk Islam tapi tak beribadah pun.
"Mak cik semayang tak?"
"Mak cik semayang.. Semayang raya."
Mereka masakkan nasi dan sardin. Ada yang jilat tin sardin sebab suka sangat dapat makan sardin. Nasi tengah tanak dalam periuk nasi, mereka seronok sangat hidu bau nasi panas. Ada seorang pakcik tertidur ketika orang lain dah mula makan. Bangun2 tengok orag semua dah habis makan, dan periuk berisi kerak nasi telah direndam air. Pakcik tersebut korek dasar periuk, kaup nasi yang telah berendam air, buang air dan makan sisa nasi yang masih berbaki.
Memang terharu tengok, tapi itulah yang berulang2 berlaku setiap kali mereka pergi berkunjung ke kampung orang asli tersebut. Kenapa? Kerana mereka hanya diberi ikan, dan tidak diberi pancing. Mereka diberi nasi dan lauk sardin tapi tidak diajar kemahiran bagaimana memasak nasi. Atau mungkin diajar memasak, tapi paradigma mereka mungkin masih jauh dari merasa mampu untuk memasak seperiuk nasi. Mungkin bagi mereka, siapa yang masak nasi tu memang kaya raya la dan mereka tak mampu mencapai tahap tersebut. It is really a problem of mindsetting.
Mereka diberi pakaian, tapi mereka tak pandai basuh baju. Mereka pakai dan bila kotor, pakai la lagi hingga lunyai. Akan datang bila kumpulan ini datang bawa baju baru pula, dan mereka ambil baju baru dan buang baju lama. Kira disposable ajelah. Kenapa? Sebab mereka tak tahu bahawa baju tu boleh dibasuh dan ada sabun yang boleh digunakan untuk menjadikan baju tu bersih semula.
Percaya atau tidak? Inilah realiti yang berlaku.
Pendakwah kita mungkin pergi berdakwah hanya mengajarkan ilmu Islam. Itu belum masuk bagaimana nak amalkan. Kalau ajarkan bagaimaan nak amalkan pun belum masuk bagaimana nak tingkatkan kemahiran kehidupan untuk membolehkan ibadah Islam tadi boleh diamalkan.
Sahaabt tadi menyebut, itu ajelah yang kita mampu buat setakat ini, pergi sekali sekala waktu cuti. Sedangkan pendakwah Kristian, masuk dan tinggal bersama mereka bergelumang dengan mereka. Jadi mereka lebih faham keperluan orang2 asli ini dan membekalkan mereka dengan apa yang mereka benar2 perlukan.
Kembali ke kampung dan bandar. Ramai orang2 miskin masih di takuk pemikiran, tak pe aku miskin pun nanti dapat subsidi atau duit kebajikan. Baik jadi miskin, kalau kaya kan tak dapat duit free pulak. Dan inilah yang menyebabkan kadar kemiskinan tetap di tahap yang sama dan tidak meningkat2. PEndekatan pemimpin dalam menangani masalah ini juga menyumbang kepada masalah tersebut. Iaitu kembali kepada isu yang dibincangkan tadi, memberi ikan, bukan pancing.
Dari suatu sudut, oihak yang berkuasa mungkin menggunakan peluang ini untuk memastikan human resource ini kekal di tahap miskin supaya undi mereka senang dibeli dengan harga yang murah setiap 5 tahun sekali. RM50 pun sudah cukup besar bagi mereka yang di tahap ini. Jika mereka dah jadi kaya atau keluar dari tahap kemiskinan, minda mereka sukar dikawal, kerana mereka akan lebih bebas berfikir dan untuk membeli mereka di saat itu tentulah dengan bayaran yang lebih mahal. RM50 tentu sudah tidak pandang lagi.
Justeru, sebagai perjuangan membebaskan akidah manusia yang bersyahadah La ilaha illAllah, anjakan paradigma yang dibawa oleh nabi Muhammad dan nabi2 sebelumnya bahawa rezeki itu di tangan Allah perlu diterapkan semaksimum mungkin justeru melahirkan motivasi untuk berusaha, minda yang positif, kreativiti yang luas berani untuk berdikari.
Dalam berdakwah, approach secara permainan kengkadang lebih menarik, Mesej yang hendak disampaikan lebih mendasar dan personal.
Kereta saya telah kena pecah pada suatu malam Ahad. Balik membeli belah, saya membawa Nabhan dan seberapa banyak barang belian yang termampu ke atas. Selebihnya saya tinggalkan di dalam kereta. Oleh kerana salji turun agak lebat malam itu, saya fikir esok sajalah saya angkat barang selebihnya. Lagipun sebahagian barang itu say abelikan untuk dibawa ke rumah K Ika.