Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Tuesday, April 14, 2009

    kereta kena pecah, pencuri tertangkap akhirnya

    Kereta saya telah kena pecah pada suatu malam Ahad. Balik membeli belah, saya membawa Nabhan dan seberapa banyak barang belian yang termampu ke atas. Selebihnya saya tinggalkan di dalam kereta. Oleh kerana salji turun agak lebat malam itu, saya fikir esok sajalah saya angkat barang selebihnya. Lagipun sebahagian barang itu say abelikan untuk dibawa ke rumah K Ika.
    Pagi esok, saya siapkan Nabhan untuk dihantar ke nursery. Dengan kalut-kalut mencari beberapa dokumen untuk daftarkan Nabhan ke sekolah Rendah St. Joseph, di belakang Al-Maktoum Institute.

    TUrun ke bawah, say alihat cermin tingkap kereta depan belah penumpang terbuka. Saya kira, mungkin saya tersilap tekan butang remote kunci. Bila makin hampir saya lihat ada kesan serpihan kaca di sekitar cermin itu dan baru saya sedar kereta saya telah dipecahkan.
    Dan saya baru teringat yang di belakang itu sepatutnya ada banyak lagi barang2 yang saya tidak sempat bawa naik semalam. Barang2 untuk ke rumah K Ika, barang2 education untuk Nabhan dan hadiah untuk kawan2nya.

    Saya teleofn beberapa orang kawan, Mereka datang membantu dan menemankan saya yang sedikit terkejut. Lebih2 lagi Abu Nabhan tiada di Scotland, pulang ke Malaysia menziarahi kedua2 ibu kami yang diserang stroke.

    Kami buat panggilan telefon. agak lama kemudian, polis datang ambil kenyataan. sekitar sejam kemudian, pasukan forensik datang untuk memeriksa sebarang kesan cap jari dll. Tapi mereka kata tak dapat kesan apa2, kerana cuaca basah dengan salji yang maish turun lebat bercampur hujan.
    'Beberpaa hari selepas itu, saya mendapat panggilan telefon dari PC Cook, t hawa mereka telah dapat mengesan pencuri tersebut, dan saya mungkin akan dipanggil ke mahkamah sebagai saksi.
    Saya menerima surat dari polis memanggil ke mahkamah sebagai saksi pada 2 April 2009.
    Kemudian saya terima lagi surat menyatakan saya tidak perlu hadir ke mahkamah, kerana bukti telah mencukupi untuk pihak polis mengeluarkan waran tangkap pencuri berkenaan
    Pencuri tersebut bernama Mr *** McKenzi.

    Barang2 saya tak dapat diperolehi semula kerana pencuri terbabit telah menjualnya kepada orang2 yang berlainan.

    Saya tanya polis berkenaan ada tak kemungkinan untuk saya dapat balik gantirugi barang saya yang telah dicuri. PC Cook kata "we'll see in the court."

    Jadi sekarang, since saya dah tak perlu perlu ke court, mungkin saya kena telefon pihak polis semula kedudukan barang saya yang dah hilang itu.

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger