Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Thursday, April 23, 2009

    Islam agama sederhana

    Hari ini saya mengkaji lagi tentang Islam dan Yahudi. Makin banyak saya baca, saya rasa makin tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang Yahudi. Kalau sebelum ini saya merasa orang Yahudi dan Kristian ini ibarat 2 makhluk asing, yang ada cara hidup yang sungguh berbeza- barat la katakan-, kajian saya setakat ini tetang agama Yahudi membuat saya rasa makin dekat dengan agama ini. Bukan dekat bermaksud nak masuk Yahudi, tapi terasa betapa banyaknya persamaan antara agama Yahudi dan Islam. Semakin saya kaji, semakin banyak persamaan yang saya jumpa.

     

    Kesimpulan yang dapat saya buat setakat ini, Christian sangat longgar. dan bermudah2. Boleh makan apa sahaja, babi boleh, arak pun boleh. Kalau buat dosa, hanya jumpa paderi dan boleh ampun dosa.Hingga sekarang gereja pun dah membenarkan lelaki berkahwin dengan lelaki, kerana yang menentukan hukum dalam Kristian banyaknya orang2 gereja mereka.

     

    Yahudi pula sangat strict. Kerana ke'strict'an agama ini, Yahudi tidak menggalakkan orang lain untuk masuk agama Yahudi, seolah2 hanya mereka sahaja yang mampu menganggung kesusahan tersebut. Mereka juga lebih cenderung untuk tinggal bersama2 orang Yahudi, agar dapat mengamalkan ajaran Yahudi dengan sempurna.

     

    Setakat ini saya melihat Islam adalah yang paling pertengahan. tidak terlalu memberatkan dan tidak terlalu meringankan. sesuai dengan kemampuan manusia yang diciptakan Allah untuk hidup di muka bumi yang penuh dengan ujian ini. Padanlah Rasulullah menganjurkan kita agar berwasadtiah. Sederhana, tidak memberat2kan dan tidak meringan2kan sangat, ikut ajaran al-Qur'ān dan tidak menyusah2kan keadaan, sebab itu juga dalam Islam, banyak rukhsah diberikan dalam beribadat mengikut keperluan. Kalau travel, boleh solat jama' dan qasar. Kalau sakit boelh solat sambil duduk atau baring.

     

    Subahanallah, indahnya Islam bila dibandingkan dengan 2 agama monoteism ini. Saya ingin mengkaji lagi, saya suka kaji agama Kristian dan agama Yahudi, kerana dengan itu saya dapat menyingkap banyak hikmah yang ada dalam syariat Islam itu sendiri.

     

    Ya Allah permudahkanlah pengajian saya agar pulang nanti dapat saya gilap iman saya dan iman masyarakat di sekitar saya di tanah air. Insha Allah.

     

    Kesimpulan setakat ini, sifat Islam Islam adalah wasadtiah. Kalau muslim meringan2kan sangat agama dia, dia mungkin akan mendekati cara orang kristian. Kalau dia memberat2kan sangat, dia mungkin mendekati cara orang Yahudi. Kerana itu, Rasulullah menegur sahabat2nya yang cuba memberat2 dalam beribadat. Yang ingin solat malam hingga tid k mahu tidur, yang ingin berpuasa hingga tidak mahu berbuka dan yang ingin beribadat hingga tidak mahu berkahwin.

     

    Rasulullah kata, aku adalah yang terbaik (ikon) dikalangan kamu. Aku berpuasa dan aku berbuka, aku beribadah dan aku kahwin, aku solat malam dan aku berkahwin. Inilah cara hidup berTuhan yang sebenar, yang sepatutnya menjaid titik panduan semua manusia.

     

    Dan hari ini saya lebih faham hikmah ajaran rasulullah ini, setelah melihat bagaimana Yahudi memberat2kan amalan mereka dan Kristian pula meringan2kan.

     

    Alhamdulillah.

     
    Contoh memberat2kan dalam Yahudi.
    Makanan = kosher. Sembelihan cara Yahudi sama seperti Islam, sebut nama Tuhan, cuma kena sembelih sekali sahaja. Kalau sekali tak putus, dah tak boleh makan, jadi bangkai, so, kena buang, kan membazir tu.   
     
    Alasannya ? mungkin supaya tak sakit.
     
    Err.. macam kena kaji balik pulak, dalam Islam, apa base yang menyatakan boleh potong leher binatang beberapa kali hingga putus? Sebab kalau nak ikut kajian tentang tak sakit kalau sembelih sebab urat saraf dah putus, memang la sakit kalau potong beberapa kali sebab putusnya lambat. Kalau sekali aje, terus putus, urat saraf dah putus, so, dalam satu saat, memang tak rasa pape la. Huhu, cam kena kaji balik ni. Kaji lagi, jom kita kaji...knowledge is power!
     
    Dengan ilmu, kehidupan akan jadi mudah dan tidak payah.
     
     

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger