diskusi video: makanan dan kelaparan...
video 1
Video 2
Dua video di atas menunjukkan sudut terpencil dalam masyarakat kita yang ramai orang tidak tahu. Terutama mereka yang cukup makan pakai dan tidak cuba menjenguk ke luar jendela kemewahan mereka.
Berbicara tentang kesusahan dan keinsafan satu perkara. Satu perkara yang lain ialah, bagaimana dan apa yang boleh kita buat untuk merubah keadaan.
Berkenaan pembaziran.
1. Sediakan makanan hanya mengikut keperluan.
2. Kalau ada lebih jangan segan2 simpan untuk dimakan seterusnya. Lagi baik sebelum jamah makanan budget, agak2 kalau banyak sangat, ingat2 jiran tetangga yang mungkin memerlukan.
Budaya melayu, "tak elok beri orang makanan yang tak habis" mungkin boleh diconsider semula sebab kalau dah tak habis, pastu tak larat pulak nak habiskan, nak bagi orang ada kekangan, kata tak elok bagi yang dah sentuh. Last2 masuk tong sampah. Membazir. Islam dah ajar. Membazir amalan syaitan.
So, salahkah masak banyak2? Saya rasa tak, tapi kena be generous, carikan orang yang tak de makanan dan share. Ajak orang makan sekali dll.
Berkenaan kemiskinan dan berusaha mencari rezeki
1. Dalam hal ini, jika perempuan banyak komplen keja mereka terhad dalam rumah, lelaki pula bertanggungjawab sepenuhnya untuk mencari rezeki. Tanggungjawab lelaki untuk mencari rezeki memang ibadah yang diperintahkan Allah, berbeza dengan wanita, kalau tak keluar keraj tak berdosa, tapi kalau lelaki tak kerja mencari nafkah untu kkeluarga, dia dah meninggalkan satu ibadah yang dituntut ke atasnya sebagai ketua keluarga.
Jadi, kalau nama lelaki, synonim mencari rezeki sebagai tanggungjawabnya perlu ditanam sejak kecil lagi. Usah menyimpan cita2 tak pe tak kerja kalau dapat isteri kaya.
Justeru, cara2 dan jalan2 untuk mencari rezeki yang halal perlu dididik dan diajar supaya mereka punya skill yang pelbagai untuk menempuhi ragam kehidupan masa depan.
Justeru tidak cukup kita memikirkan apa kerja patut saya buat untuk meneruskan hidup. Bila kita berjaya, kita kena jenguk orang2 di sekitar kita dan bantu mereka untuk mendapatkan kerja supaya dapat diusahakan.
2. Konsep 'dah cari kerja tapi tak dapat2'.
Kalau kita lihat dari sudut manifestasi kalimah la ilaha illa Allah. Tiada Tuhan selain Allah. Dalam definisi yang diberikan oleh ulama, Ilah membawa pengertian tumpuan kecintaan, tumpuan periadatan, sumber rezeki, sumber perundangan dan tempat pergantungan.
Mungkin kita cari kerja tak dapat2 kerana kita terlalu bergantung kepada kerja itu ada di tangan orang lain. Sedangkan kita boleh usahakan kerja sendiri. Ada banyak perkara di sekeliling kita yang boleh diusahakan. Lihat kepada diri kita sendiri. Ada banyak kemampuan dan kemahiran yang boleh dimanfaatkan. Justeru ini yang perlu dididik kepada masyarakat agar tidak melihat rezeki itu di tangan orang lain. Sebaliknya melihat orang lain mungkin menjadi wasilah untuk kita mendapat rezeki.
OK, sekarang kita kupas pula apa patut kita buat untuk merubah keadaan jika kita berada dalam kasut watak2 di atas.
Sebagai pekedai.
Bukan salah pekedai kalau pelanggan dia makan tak habis. Pelanggan la yang salah sebab makan tak habis. Realitinya, tak boleh nak expect pekedai pergi jamu orang2 miskin hari2. Sekali sekala mungkin boleh.
Idea recycle. Since memang banyak makanan yang orang tak habis makan, mungkin boleh diasingkan sisa makanan yang masih bersih dan makanan yang dah tak OK. Yang masih bersih boleh taruk dalam satu bekas recycle untuk dimanfaatkan secara percuma bagi mereka yang memerlukan. So tak de la orang2 yang meemrlukan seperti dalam video ini terpaksa mengasingkan spagetti yang dan berlumuran sos dengan saki baki daging ayam yang tinggal kat tulang.
Sebagai pelanggan.
Kita selalu budget duit untuk beli itu dan ini, income tolak perbelanjaan. Tinggal duit baki (kalau ada). Mungkin kita boleh budget awal berapa kita sepatutnya belanja untuk beli something, when its end up duit tersebut tidak dibelanjakan, cthnya, ada la pulak orang belanja kita, atau beli 1 dapat satu percuma. Duit yang tidak digunakan untuk budget hari itu boleh kita simpan dalam satu tabung charity untuk manfaat orang2 yang tidak bernasib baik. Since kita sekarang banyak guna debit card dan tak guna not dan syiling, so, idea tabung mungkin agak sukar. So, sediakan satu buku kecil untuk tulis berapa baki duit yang tinggal untuk hari itu, untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
E budget calculator ini mungkin boleh membantu.
Sebagai pihak yang berkuasa
Kerajaan telah berusaha memberikan bantuan kepada rakyat untuk membantu orang2 miskin dengan pemberian subsidi, bantuan makanan dll. Cuma memberikan 'ikan' tidak sama dengan memberikan 'pancing'.
Contoh yang boleh disertakan, kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Dato' Seri Abdul Hadi Awang suatu masa dahulu, telah membawa pendekatan Islamik dalam menangani isu kemiskinan. Orang2 miskin dibahagi kepada 2 kategori.
1. Miskin tegar - yang tidak boleh diimprove. Seperti cacat, sakit tidak boleh sembuh, tua yang tidak mampu lagi bekerja. Wanita dan kanak2.
2. Miskin yang boleh diperbaiki. Ini diatasi dengan memberikan modal untuk hidup, kemahiran mencari rezeki, memberikan peluang pekerjaan, modal untuk memulakan perniagaan atau usaha. Dengan ini, kadar kemiskinan dapat dikurangkan. Kerana orang miskin yang telah diberikan kemahiran untuk bekerja dan semangat untuk hidup berdikari, akan dapat menjaga kebajikan ahli keluarganya dan mengurangkan pergantungan kepada orang lain.
Islam mendidik umatnya supaya berusaha, dan tidak hanya meminta2. Justeru itu juga, projek meningkatkan taraf hidup rakyat miskin perlu menjadi keutamaan kepada pemimpin supaya rakyat terpinggir yang terbelenggu oleh masalah tidak tahu dan tidak punya motivasi untuk mencari rezeki boleh diatasi.
Skill kehidupan seperti tidak terlalu memilih pekerjaan, berusaha dengan fleksible, tidak malas, membuang budaya hedonisme yang melampau perlu diterapkan dalam jiwa masyarakat. Rakyat yang punya kesedaran melalui NGO2 dan parti2 politik telah berusaha mendekati masyarakat dan menyedarkan mereka akan hal ini, cuma kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat untuk menjaga keajikan mereka seharusnya melihat hal ini dengan lebih serius serta memperuntukkan usaha yang bersepadu ke arah meningkatkan taraf hidup rakyat dengan memberikan pancing, bukan setakat memberi ikan.
Satu kisah diceritakan oleh seorang sahabat yang menyertai kumpulan dakwah ke kampung orang asli.
Kerajaan buatkan tandas untuk orang asli. Berikan baju, dan bahan2 makanan. Kumpulan sahabat ini pergi ajarkan solat , perkenalkan Islam dll. Ada yang masuk Islam tapi tak beribadah pun.
"Mak cik semayang tak?"
"Mak cik semayang.. Semayang raya."
Mereka masakkan nasi dan sardin. Ada yang jilat tin sardin sebab suka sangat dapat makan sardin. Nasi tengah tanak dalam periuk nasi, mereka seronok sangat hidu bau nasi panas. Ada seorang pakcik tertidur ketika orang lain dah mula makan. Bangun2 tengok orag semua dah habis makan, dan periuk berisi kerak nasi telah direndam air. Pakcik tersebut korek dasar periuk, kaup nasi yang telah berendam air, buang air dan makan sisa nasi yang masih berbaki.
Memang terharu tengok, tapi itulah yang berulang2 berlaku setiap kali mereka pergi berkunjung ke kampung orang asli tersebut. Kenapa? Kerana mereka hanya diberi ikan, dan tidak diberi pancing. Mereka diberi nasi dan lauk sardin tapi tidak diajar kemahiran bagaimana memasak nasi. Atau mungkin diajar memasak, tapi paradigma mereka mungkin masih jauh dari merasa mampu untuk memasak seperiuk nasi. Mungkin bagi mereka, siapa yang masak nasi tu memang kaya raya la dan mereka tak mampu mencapai tahap tersebut. It is really a problem of mindsetting.
Mereka diberi pakaian, tapi mereka tak pandai basuh baju. Mereka pakai dan bila kotor, pakai la lagi hingga lunyai. Akan datang bila kumpulan ini datang bawa baju baru pula, dan mereka ambil baju baru dan buang baju lama. Kira disposable ajelah. Kenapa? Sebab mereka tak tahu bahawa baju tu boleh dibasuh dan ada sabun yang boleh digunakan untuk menjadikan baju tu bersih semula.
Percaya atau tidak? Inilah realiti yang berlaku.
Pendakwah kita mungkin pergi berdakwah hanya mengajarkan ilmu Islam. Itu belum masuk bagaimana nak amalkan. Kalau ajarkan bagaimaan nak amalkan pun belum masuk bagaimana nak tingkatkan kemahiran kehidupan untuk membolehkan ibadah Islam tadi boleh diamalkan.
Sahaabt tadi menyebut, itu ajelah yang kita mampu buat setakat ini, pergi sekali sekala waktu cuti. Sedangkan pendakwah Kristian, masuk dan tinggal bersama mereka bergelumang dengan mereka. Jadi mereka lebih faham keperluan orang2 asli ini dan membekalkan mereka dengan apa yang mereka benar2 perlukan.
Kembali ke kampung dan bandar. Ramai orang2 miskin masih di takuk pemikiran, tak pe aku miskin pun nanti dapat subsidi atau duit kebajikan. Baik jadi miskin, kalau kaya kan tak dapat duit free pulak. Dan inilah yang menyebabkan kadar kemiskinan tetap di tahap yang sama dan tidak meningkat2. PEndekatan pemimpin dalam menangani masalah ini juga menyumbang kepada masalah tersebut. Iaitu kembali kepada isu yang dibincangkan tadi, memberi ikan, bukan pancing.
Dari suatu sudut, oihak yang berkuasa mungkin menggunakan peluang ini untuk memastikan human resource ini kekal di tahap miskin supaya undi mereka senang dibeli dengan harga yang murah setiap 5 tahun sekali. RM50 pun sudah cukup besar bagi mereka yang di tahap ini. Jika mereka dah jadi kaya atau keluar dari tahap kemiskinan, minda mereka sukar dikawal, kerana mereka akan lebih bebas berfikir dan untuk membeli mereka di saat itu tentulah dengan bayaran yang lebih mahal. RM50 tentu sudah tidak pandang lagi.
Justeru, sebagai perjuangan membebaskan akidah manusia yang bersyahadah La ilaha illAllah, anjakan paradigma yang dibawa oleh nabi Muhammad dan nabi2 sebelumnya bahawa rezeki itu di tangan Allah perlu diterapkan semaksimum mungkin justeru melahirkan motivasi untuk berusaha, minda yang positif, kreativiti yang luas berani untuk berdikari.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home