Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Monday, April 27, 2009

    5 deria untuk melihat keindahan pasangan + ke 6

    Orang kata, kalau nak cari isteri, dapat yang cantik jelita mesti bahagia.

    Begitu juga suami, kalau dapat yang kacak perkasa, pasti bahagia.

     

    Sebenarnya, mata hanyalah salah satu deria yang dikurniakan Allah Taala untuk menikmati keindahan alam ini dan memberikan kebahagiaan. Allah beri kita 5 deria untuk menikmati segala macam ciptaanNya di dunia ini.

     

    Ada mata untuk melihat, ada telinga untuk mendengar, ada hidung untuk menghidu, ada kulit untuk merasa dan juga lidah untuk mengecap.

     

    Justeru, kebahagiaan itu juga Allah berikan kepada semua orang tidak kira mereka cukup sempurna deria tadi atau tidak. Jikalah benar memiliki isteri yang cantik dan suami yang kacak itu sahaja yang boleh membahagiakan kehidupan, tentulah si buta merana hidupnya kerana tidak pernah dapat mengecapi kejelitaan wajah isteri atau kekacakan suaminya. Tapi kita dapat lihat banyak keluarga yang salah seorang atau kedua2 pasangannya buta dapat melayari bahtera rumah tangga dengan penuh bahagia, aman dan harmoni.

     

    Untuk lebih spesifik, ada yang mendakwa kejelitaan isteri atau kekacakan suamilah letaknya chemistry yang membuatkan seseorang jatuh cinta, sebagai langkah pertama atau langkah2 seterusnya dalam menunaikan tanggungjawab dan objektif berumahtangga. Ada yang kata kalau tak cantik macam mana nak ada feel. Tengok isteri/ suami macam tengok orang lain aje. Tak de beza.

     

    Sebenarnya, seperti yang disebutkan tadi, Allah mengurniakan manusia 5 deria untuk menikmati nikmat Allah di alam ini.

     

    Kerana itu, ada yang Allah kurniakan wajah tak hensem mana, tapi suaranya merdu bak buluh perindu.

    Ada yang tak hensem mana tapi harum semulajadi wangi menyentuh kalbu.

    Dalam satu sajak Arab yang pernah saya belajar di university dahulu, menyebutkan seorang wanita yang punya air liur semanis madu.

    Dan ada juga yang tak lawa mana, gemuk lagi, tapi kulitnya gebu, tenang hati bila diusap.  

     

    Begitulah kepelbagaian nikmat yang Allah kurniakan kepada hambanya di dunia ini untuk melayari kehidupan sementara di alam fana ini. Kehidupan berumahtangga yang Allah bekalkan dengan pelbagai nikmat untuk membuat manusia betah melalui segala kepayahan dan keletihan agar tanggungjawab sebagai khalifatullah di bumi ini tertunai sebaiknya.

     

    Justeru, usah gusar andai anda tidak mampu mencari seorang gadis sejelita ainul mardhiyah untuk menghiasi kamar hati, kerana banyak lagi nikmat yang boleh kalian hargai selain dari sebuah wajah yang bermata jeli.

     

    Bagi yang telah memiliki isteri/ suami. Tenung kembali 5 deria tadi dan hargailah nikmat yang Allah kurniakan kepada anda melalui 5 jalan tadi. Satu lagi yang paling penting, yang ke enam, iaitu deria hati yang menikmati sekeping hati yang suci, yang patuh pada perintah Ilahi…

     

    Hargailah isteri/suami anda, dan panjatkanlah kesyukuran kepada Allah atas nikmat yang telah dikurniakanNya. Semoga dengan kesyukuran itu, Allah penuhi janjinya untuk menambah lagi nikmat kepada orang2 yang bersyukur…

     

     

     

     


    2 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    saya suka perempuan yang bersuara merdu

    7:48 am  
    Blogger didie said...

    Hehe, K Bi, ke, baru hari ni dapat jejak. Ingatkan lelaki mana..

    Suara K Bi mengancam ape, kalau bagi tazkirah, pasti adik2 diam mendengar dengan tekun...

    2:10 pm  

    Post a Comment

    << Home

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger