Mengangkat hadath dalam Islam dan Yahudi
Banyak amalan dalam agama Yahudi yang sama dengan Islam.
Apa yang berlaku, Yahudi engkar dengan perintah Tuhan, dan enggan menerima Nabi2 Isa dan Muhammad sebagai utusan Tuhan. Justeru, hari ini, kita masih dapat melihat ada amalan2 dalam agama Yahudi yang sama dengan Islam,
Miqvaot.
Miqve adalah kolam air yang diplaster. Jalan masuk ke Miqvaot adalah melalui tangga. Beza Miqve dari takungan air yang lain adalah kemudahan untuk masuk ke dalam air tersebut. Kalau tangki air tentu tidak mudah nak masuk ke dalam, sebab fungsinya adalah untuk menakung air sahaja.
Dalamnay mestilah 1.5 m untuk memudahkan badan menyelam seluruhnya. Ia mesti di plaster dan tidak menggunakan mozaik kerana mozaik ada kebarangkalian untuk retak. Bila retak, ia akan mengeluarkan air dam Halakha tidak membenarkan air miqve untuk bocor. Justeru untuk mengelakkan kebocoran, plaster digunakan dan diplaster lagi dari semasa ke semasa.
Menyelam seluruh badan ke dalam air miqve adalah amalan penyucian keagamaan Yahudi. Kemudian, mereka mandi di sungai, gua, atau lubang2 air.
Amalan ine sama dengan amlaan mandi wajib dalam Islam yang memestikan air diratakan keseluruh badan temasuk rambut.
Bezanya, Islam tidak memestikan kena berendam. Jika tidak mampu, boleh menjiruskan sahaja air asalkan rata kesseluruh badan.
Ini menunjukkan Islam adalah agama yang sederhana dan mengambil kira situasi hamab Allah di semua keadaan. Tidak semua tempat ada banyak air da boleh ditakung. Justeru, amalan penyucian ini tidak terhad kepada tempat2 tertentu, malah Muslim boleh mandi wajib di mana jua. Asalkan ada air. Dalam keadaan yang tiada air pula, dibenarkan untuk bertayamum sahaja. Objektif yang lebih penting adalah untuk membolehkan Muslim solat. Begitulah mudahnya Islam.
Kolam miqve
Tangga turun ke miqve
Sumber: http://judaisme.sdv.fr/synagog/basrhin/a-f/bischhei/miqve.htm
More info and pictures of miqve from 2006 excavation in adjacent to Western Wall here
The southern miqve before the excavation, looking north
A general view after the excavation
Proposed reconstruction of the southern miqve

The southern miqve during the course of the work

The southern miqve at the conclusion of the work, looking north
Menarik lagi, Rabbi Yahudi kini meletakkan 'fatwa' bahawa orang2 Yahudi tidak boleh menjejakkan kaki ke Masjid Al-Aqsa (semua ruangan dalam tembok Al-Aqsa) kerana mereka tidak suci sekarang, sebab tidak dapat melaksanakan upacara penyucian sebelum masuk ke temple (tempat peribadatan) ini.
Sebagaimana kita juga Muslim, tidak boleh masuk ke masjid jika dalam keadaan berjanabah. kena angkat hadtah dulu. Tapi dalam Islam, masalah adalah untuk dicari penyelesaian. Berjunub tidak boleh menjadi alasan untuk kita tidak mahu masuk ke masjid. Sebaliknya kita perlu mencari jalan untuk mensucikan diri dengan kemudahan yang telah Allah ajarkan dalam Al-Quran (Cari balik ayat ni: Jika kamu datang dari menyentuh wanita (berjima) dan kamu tak dapati air, maka bertayamumlah) Kalau tak de air nak mandi wajib, maka penyelesaiannya bertayamum.
Justeru, umat Islam yang cuba menyusah2kan ibadah hingga tidak melakukan terus, sebenarnya telah mengikuti jalan umat Yahudi yang telah diberi amaran oleh Allah dalam Al-Quran...
Pengajarannya, tidak cukup nama kita hanya Islam, tapi kita masih lagi mengulangi kesilapan2 yang dilakukan oleh orang2 Yahudi dan Nasrani yang asalnya Islam, tapi menyeleweng. Allah kurniakan kita Nabi Muhammad s.a.w. dan Al-Quran untuk membetulkan kesilapan umat terdahulu, justeru kalau kita tak gunakan, kita termasuk di kalangan merekalah, walaupun cap kat I/C kita Islam.

