Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Saturday, June 16, 2007

    Demonstrasi sampaikan mesej untuk Gordon Brown: hentikan perang

    Satu perarakan menuntut perang dihentikan akan diadakan di London bertepatan dengan hari Gordon dilantik sebagai pemimpin parti Labour yang baru menggantikan Tony Blair.

    Yang menariknya, Polis yang sebelumnya menegaskan supaya laluan perarakan ini mestilah menjauhi konferens Labour yang penting tersebut, telah menarik balik penegasan itu, sehingga membolehkan laluan perarakan akan begitu hampir dengan lokasi konferens tersebut.

    Details di bawah:

    STOP THE WAR COALITIONNEWSLETTER
    No. 1009
    15 June 2007
    T: 020 7278 6694
    IN THIS NEWSLETTER:
    1) AN ANTI-WAR MESSAGE FOR GORDON BROWN
    2) MAKE BLAIR'S LAST DAY AN ANTI WAR DAY
    *********************************
    1) AN ANTI-WAR MESSAGE FOR GORDON BROWN
    Manchester police have backed down on their insistence that the route of the Stop the War demonstration on Saturday 24 June should be kept away from the special Labour leadership conference, at which Gordon Brown will be installed as Labour Party leader. Our march will now pass very close to the conference venue (see below for route details).
    The demonstration will call for a CHANGE OF POLICY NOT JUST A CHANGE OF LEADER, specifically:
    * Troops out of Iraq now
    * No attack on Iran
    * Break the British government's link with US foreign policy
    There will be a very large media presence at this conference, so it is important we have a good turnout. The demonstration will ensure that the voice of the anti-war majority in this country is heard. The protest will include a NAMING THE DEAD ceremony at which we will commemorate the deaths of Iraqis, now estimated to be up to one million, and of British soldiers who have been killed in an illegal and unnecessary war.
    There are coaches coming to the protest from around the country and many local Stop the War groups have made group travel arrangements by public transport.
    Please join this demonstration if you can and spread the word as widely as possible.
    CHANGE THE POLICY NOT JUST THE LEADER
    DEMONSTRATE SPECIAL LABOUR CONFERENCE
    SATURDAY 24 JUNE MANCHESTER
    * 12 Noon: Assemble Albert Square
    * 12.30 pm: Naming the Dead ceremony
    * 1.00 pm: March route: Albert Square, Princes Street, Moseley Street, Lower Moseley Street, Windmill Street, Mount Street, Peter Street, Deansgate, St Mary's Gate, Cross Street, Albert Square.
    SPEAKERS WILL INCLUDE Walter Wolfgang (Labour NEC), Moazzam Begg, Peter Hook (from the group New Order), Rose Gentle, George Galloway MP, Sajjad Karim MEP, members of the cast of Coronation Street, Lindsey German and Andrew Murray (Stop the War Coalition).
    *********************************
    2) MAKE BLAIR'S LAST DAY AN ANTI WAR DAY
    PROTEST AT DOWNING STREET WED 27 JUNE
    Tony Blair says it is not Iraq that has made him so unpopular. MPs in his own party say he is “in denial” and “self-delusional”. Military Families Against the War, supported by Stop the War Coalition, are planning to correct him on Wednesday 27 June, the day he leaves office and is replaced by Gordon Brown.
    Their protest at Downing Street from 10am aims to make sure that Blair’s last day in office is marked by his true legacy. For many of the military families this has meant the loss of their loved ones due to the Bush-Blair war crimes. For the Iraqi people it has meant the complete destruction of their country and up to one million killed, with over four million – one in seven of the population – becoming refugees since the invasion in 2003.
    Tony Blair will leave Downing Street on the morning of 27 June. Brown will enter in the afternoon, when Military Families will hand him a letter asking him to meet them, a request that Blair has turned down repeatedly over the past three years.
    Stop the War will be publishing more details and timings shortly. Military Families Against the War are asking for the widest possible support for their protest from the anti-war movement. Please check the Stop the War website for updated information.
    MAKE TONT BLAIR'S LAST DAY AN ANTI WAR DAY
    JOIN MILITARY FAMILIES AGAINST THE WAR
    SUPPORTED BY STOP THE WAR COALITION
    PROTEST AT DOWNING STREET
    WEDNESDAY 27 JUNE FROM 10 AM


    Saya teringat pengalaman menyertai perarakan (baca: demonstrasi) seumpama ini di Dundee dahulu rentetan Al-Quran yang dihina di Penjara Guantanamo Bay. Bermula dari Dundee Central Mosque, kami berarak dalam barisan 4 sebaris. Yang depan sekali membawa sepanduk bertulis frasa tuntutan berkenaan penghinaan Al-Quran tersebut. Kami diingatkan agar tidak menjerit2 sewaktu berarak. Hanya alunan bacaan Al-Quran dipasang dengan speaker besar. Dan kami berjalan perlahan2 sehingga ke city centre.

    Mungkin kalian tidak dapat membayangkannya. Tapi saya merasa sungguh terharu, apabila semasa saya (berada di barisan hadapan selepas pemegang sepanduk) diperingatkan oleh polis yang mengawal kami supaya berhati-hati kerana ada lubang kecil di jalan hadapan kami. Situasi itu berlainan sekali dengan demonstrasi yang dibuat di Malaysia, yang walaupun tuntutan yang dibuat adalah demi maruah agama Islam, rasanya ada juga buat demonstrasi pasal penghinaan Al-Quran ni di malaysia waktu itu, tapi perarak dipancut dengan air asid, seolah-olah mereka melakukan kesalahan.
    Sepatutnya mereka pergi pancut air asid tu kepada mereka yang buat maksiat, berdua-duaan, terang-terangan kat tepi tasik perdana. Itu baru salah.

    Ketika melalui jalan besar dan merentasi bulatan (roundabout) berhampiran LIDL, semua kenderaan berhenti memberi laluan kepada kami. Hati saya berdebar2. Sepatutnya mestilah mereka marah2 kerana kami telah melambatkan perjalanan mereka. Saya jangka tentu ada di antara mereka yang akan menjerit2, ”Hoi!” ke, apa ke. Tapi anehnya, itu tidak berlaku. Mereka menunggu dengan sabar sehingga kami melewati bulatan tersebut, dan saya pasti mereka tidak melahirkan ketidakpuasan hati mereka dari riak wajah pemandu2 tersebut. Alunan al-Quran mendayu2 dari Qari yang terkemuka (saya lupa bacaan siapa yang dialunkan waktu itu) bergema di langit bandar Dundee. Hati kecil saya rasa sungguh bangga ketika itu menjadi Muslim. Polis terus2an menjaga laluan kami, kiri dan kanan barisan kami agar tidak dilanggar kereta dan sebagainya. Cameraman dan wartawan turut membuat liputan, saya tak pasti dari akhbar mana.

    Sampai di City Centre, kami mengagih2kan pamplet kepada orang2 di situ tentang apa itu Al-Quran. Apa itu Islam. Al-Quran menyeru kepada perdamaian, bukan keganasan, dsb. Seorang membacakan Al-Quran, dan beberapa speaker memberi ucapan ringkas sebelum kami bersurai.

    Perarakan tersebut yang diadakan tengah hari sewaktu rehat Postgraduate Summer Workshop kami. Kami mendapat kebenaran dari pihak universiti untuk memanfaatkan waktu rehat kami menyertai perarakan tersebut.

    Thursday, June 07, 2007

    PM berganti tikar

    Tahniah diucapkan buat PM yang bakal menikahi Jeanne Abdullah, Sabtu ini.
    Sikap sederhana beliau patut dicontohi oleh rakyat Malaysia dengan tidak membazir berlebih-lebihan untuk majlis kenduri perkahwinan.

    Semoga Jeanne akan menjadi isteri solehah dan mengikut jejak Raja Pemaisuri agong dan Azreena, isteri Sultan Brunei, dengan bertudung. Insya Allah.


    Wednesday, June 06, 2007

    pemikiran kritis tanpa terpengaruh

    Bagaimana untuk mempelajari agama lain selain Islam dengan keadaan kita tidak mahu terpengaruh dengan ideologi yang dianuti?
    Juga bagaimana untuk kita mengkaji pemikiran2 orang lain yang mungkin bertentangan dengan Islam, pada masa yang sama kita tidak mahu terpengaruh dengan pemikiran songsang tersebut? Ramai ibu bapa yang tidak membenarkan anak2 mereka membaca tentang agama lain seperti Kristian dsb. Kerana bimbang ajaran tersebut akan mempengaruhi mereka.

    Persoalan yang perlu dikaji…
    Setakat ini, saya ada beberapa cadangan untuk saya aplikasikan sendiri.
    1. Untuk diri saya sendiri. Apabila baca apa2 bahan bacaan, pastikan kita ingat siapa yang berkata begitu. Ini penting, sebab sebelum ini, saya cenderung untuk terus memahami apa yang dibaca, kritikal samaada itu betul atau salah, dan jika betul saya akan mengingati, memahami dan memegangnya. Pendekatan ini yang saya guna tika di sekolah dan undergrad dulu. Siapa penulis bahan tersebut tidak penting bagi saya. Setelah menimbang apa yang dibahaskan itu betul atau salah, jika betul, saya akan memegangnya. Yang salah, akan saya lupakan. Jimat memori.
    2. Pengajian postgrad mengajar saya, supaya mengambil kira semua yang dibaca, dengan mengikatnya kepada penulisnya. Menilai dengan kritis mana yang betul dan mana yang salah, tetapi siapa yang mengatakannya adalah penting supaya kita tidak bercampur aduk. Kalau salah mengapa salah, dan kalau betul mengapa betul.

    maternity leave

    Saya petik artikel ini dari seorang sahabat...


    Salam untuk semua. Saya bukan nak timbulkan isu yang pelik, yang menjadi buah mulut orang tetapi oleh sebab saya sendiri pun baru je habis menjalani rotation Obstetrics n Gynaecology, agaklah terfikir sebenarnya tentang faedah kepada ibu-ibu mengandung di Ireland ni. Bukan setakat Ireland je, malah kelebihan yang diberikan kepada ibu-ibu mengandung di seluruh benua Eropah ini turut menggambarkan keprihatinan kerajaan yang memerintah di negara masing-masing.
    Kalian semua bolehla merujuk kepada link di bawah :-
    http://www.citizensinformation.ie/categories/social-welfare/social-welfare-payments/social-welfare-payments-to-families-and-children/maternity_benefit
    http://www.citizensinformation.ie/categories/employment/employment-rights-and-conditions/leave-and-holidays/maternity_leave
    http://www.mercerhr.com/pressrelease/details.jhtml?idContent=1221340
    http://www.mohr.gov.my/faq-bm.php
    Link yang pertama dan kedua menunjukkan keterangan FAQ kepada masyarakat ibu mengandung di sini tentang bagaimanakah pelaksanaan Maternity Benefit di bumi Ireland ni sehinggakan Maternity Leave boleh menjangkau sehingga 22-26 minggu keseluruhannya ie hampir menjangkau 5-6 bulan hanya lah untuk cuti bersalin semata-mata. Link ketiga pula berkaitan tentang study yang dijalankan oleh Mercer Human Resource Consulting tentang kajian menyeluruh ke atas Maternity Benefit secara perbandingan ke atas beberapa buah negara besar di Eropah. Link yang keempat pula menunjukkan tentang FAQ daripada MOHR di negara kita tentang ‘Maternity Benefit’ yang jauh berbeza dan juga mempunyai syarat-syarat tertentu - saya boleh kata serba tak cukup lah jika nak dibandingkan dengan apa yang ditawarkan oleh negara-negara non-muslim yang lain. Agak mengecewakan bagi saya!!
    Hmm.. Iran secara ‘legal’nya melaksanakan cuti bersalin sehingga 90 hari . (boleh dirujuk di :
    http://www.apesma.asn.au/women/maternity_leave_around_the_world.asp
    (link ni juga mungkin ‘reliable’ untuk kalian bandingkan perbezaan cuti bersalin dan ‘percentage paid leave’ untuk ibu-ibu bersalin di kebanyakan negara serata dunia )
    Ada sumber info lain mengatakan yang Iran membolehkan ibu-ibu bersalin mengambil cuti sehingga 2 tahun tanpa gaji ( betulkan saya jika perkara ini silap) .
    Perbezaan-perbezaan ini sengaja saya paparkan untuk kita fikirkan bersama .Sebagai contoh, kat Ireland ni ramai je antenatal patient (mungkin juga di UK ) mengambil cuti sehingga sebulan lebih awal dari tarikh dijangkakan melahirkan anak semata-mata untuk bersiap sedia menghadapi saat-saat genting untuk melahirkan anak disusuli saat-saat manis mendokong sendiri anak yang baru lahir setelah lebih 9 bulan tempoh kehamilan. Bukan setakat ibu-ibu mengandung je yang cuti awal, bahkan partner-partner/ suami-suami mereka turut mengambil cuti sehingga 2 minggu lebih awal daripada due-date (expected date of delivery) untuk bersama-sama menemani isteri , memberikan moral support yang jitu kepada isteri masing-masing. Sungguh terharu!!! (diharap kepada muslimin sila take note perkara ini )
    Isu parental leave ni jika di Ireland memang takde lah kata di’recognized’ dalam perlembagaannya tetapi para majikan digalakkan untuk memberi ‘paid paternal leave’ sama ada untuk menemani isteri bersalin ataupun dalam prosedur mengambil anak angkat (boleh rujuk di :-
    http://www.citizensinformation.ie/categories/employment/employment-rights-and-conditions/leave-and-holidays/paternity_leave )
    Tetapi bagaimanakah halnya pula jika perkara ini dirujuk pada negara kita sendiri? Kalau tidak silap isu parental leave ni pernah timbul satu masa dulu , dilaung-laungkan oleh kementerian pembangunan wanita negara tapi seolah-olah bising sekejap sahaja tanpa tindakan dan kata putus. Isu untuk dipanjangkan ‘maternal leave’ juga sama, hanya bising-bising sekejap tapi lepas tu senyap tiada khabar berita akan tindakan susulan Betulkan saya jika saya terlepas pandang. Hanya bikin ‘gempak saja di awal-awal, tapi tetap sama dengan hanya 60 hari cuti bersalin maksimum akhirnya. Hanya cukup pada masa itu sajakah ‘bonding’ bersama anak selama 24jam sehari dapat dilaksanakan? Cukupkah setakat itu?
    Tapi itulah hakikatnya, baru isu maternity yang sebegini, belum lagi masuk isu-isu kenegaraan/kemasyar akatan yang lebih besar lagi tu. Hmm.. sekali tengok mungkin sesetengah orang rasa kecil je isu maternity ni tapi perkara ni sangat penting – melibatkan pembangunan keluarga amnya. Bagi saya, orang-orang macam kita la apabila pulang ke negara sendiri nanti mesti sama-sama berusaha memikirkan yang ‘sekecil-kecil’ perkara seperti ini tapi sebenarnya impaknya adalah besar untuk pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat amnya. Sama-samalah kita fikirkan…

    Monday, June 04, 2007

    Kerusi anjal

    Alhamdulillah, tempohari, saya berhasrat untuk memiliki kerusi seperti di library ALMI yang belakangnya anjal. Masa pregnant hari tu memang asyik lenguh belakang kalau duduk lama2. Dalam proses mengumpul duit untuk membeli kerusi tersebut, alhamdulillah hari ini saya dapat kerusi yang sebegitu apabila adik usrah saya nak melupuskan kerusi beliau kerana akan berpindah ke kediaman universiti. Alhamdulillah, sesungguhnya itulah yang dinamakan rezeki dari Allah. Bagaimana pun, terima kasih kepada Yaya atas kerusi tersebut.

    Pencatat minit

    Semasa Open Parliament dalam program ALMI student network Forum tempohari, saya menyahut seruan Prof Awaisi untuk menjadi juru catat bagi slot tersebut. Dari catatan yang asalnya diminta supaya dibuat atas kertas mahjong, dengan marker, saya cadangkan supaya terus taip pada laptop dan dipaparkan pada lcd projector supaya dapat dilihat oleh semua audien. Saranan saya disambut baik. Alhamdulillah, saya meraih keyakinan diri untuk menjadi pencatat dalam bahasa Inggeris hasil keterlibatan sebagai setiausaha ALMI Student Society (ALMISS). Sebelumnya, saya rasa macam mustahil sahaja saya boleh jadi setiausaha kerana tidak yakin untuk menaip minit mesyuarat dalam bahasa inggeris. Alhamdulillah, dengan mencuba, latihan demi latihan saya buat dan alhamdulillah, sebenarnya saya boleh buat.

    Moralnya: Kita sering rasa tak yakin pada apa yang kita belum berjaya buat. Kita perlu mara dan redah mencuba. Insya Allah bila kita berjaya melewati batas keraguan itu, keyakinan akan memancarkan sinarnya.
    Prof’s advice: Nothing is impossible. You plan it, you do it, then you get it.
    Insya Allah , saya akan cuba menyelam ke dunia historical research ini walaupun saya rasa saya tak yakin boleh buatnya sekarang. Mudahan keyakinan itu akan saya raih selepas ini, insya Allah.

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger