Pagi ini, ketika menyuap Hanan dan Nabhan sarapan nasi goreng, mobile saya berdering menandakan ada reminder untuk hari ini. Hati saya tertanya2, appointment apa untuk hari ini? Rasa-rasanya tidak ada. Mobile itu terus berdering dan saya tercari2 di mana saya letakkan handphone cilik itu. Dalam sweater rupanya.
Reminder : Happy birthday! 2nd may.

Alarm mobile saya memberi reminder otomatik dengan setting info personal yang saya masukkan. Ha? Saya pun tak sedar hari ini 2 May. Hehe. Selamat menjadi tua… Kubur kata mari, rumah kata pergi.
Actually kenaikan umur tahun ini is very special, sebab saya dah masuk Kelab 30-an.
Saya perlu jadi lebih matang. Tapi adik2 jangan pula rasa saya terlalu tua untuk berkawan dengan anda.
Teringat K Leen dalam usrah yang lepas tanya saya dah masuk kelab 30-an ke, sebab masih tahu kata pujangga, “ Pinggan tak retak nasi tak dingin”, sebab cek2 balik, adik2 yang kelab 20-an ni tak pernah dengar kata pujangga tu. Huh, saya pun tak tahu, silibus dah berubah ke?.
So, saya dah berusia 30 tahun ikut tahun pusingan bumi mengelilingi matahari. Tapi kalau ikut pusingan bulan, saya sudah hampir 31 tahun. 5 Jamadil Akhir ini saya akan berusia 31 tahun. Sengaja saya tidak menggunakan istilah tahun Masihi dan Hijrah, kerana ada implikasi tertentu di situ. Saya baru lepas mengikuti siri diskusi pasal meraikan hari lahir tahun masihi dan Hijrah ini dalam egrup alumni sekolah menengah saya.
Pada saya kedua-dua tahun tersebut ada manfaatnya. Tahun perkiraan bumi mengelilingi matahari jelas sangat penting untuk mereka yang di negara empat musim. Malah juga untuk yang di negara 2 musim. Kerana perubahan musim dan cuaca ada signifikasi dengan kedudukan bumi dengan matahari.
Tahun bulan mengelilingi bumi pula, sangat penting untuk umat

Islam terutamanya dalam mengerjakan ibadat, haji, puasa, menyambut hari raya. Turut penting kepada nelayan yang nak menangkap ikan, udang dan mencandat sotong di waktu malam, kerana cahaya bulan memberi impak besar kepada hasilan mereka. Justeru jadual aktiviti kenelayanan mereka bergantung kepada purnama. Kedudukan bulan juga menentukan pasang surut air laut. Untuk ahli perkapalan, pun penting juga sebab melibatkan bulan2 ini. Justeru, perkiraan tarikh ikut pusingan bulan ini sangat vital.
Justeru kesimpulannya, kedua jenis perkiraan tahun ini penting kepada perkembangan aktiviti manusia.
Kepada yang berkeras bahawa tahun Hijrah lebih baik dari tahun Gregorian/ Masihi, saya ingin bertanya kalau orang tanya umur dia berapa, masa nak masuk sekolah ke, nak minta kerja ke dsb, berapa umur yang akan dia jawab. Justeru, tak perlulah bertikam lidah, lebih baik kita subur2kan penggunaan tarikh Hijrah daripada menuntut mana yang lebih baik.
Ok, berbalik kepada sambutan hari ulangtahun kelahiran. Memang tidak pernah wujud dalam Islam. Lalu cepat golongan tertentu menyatakan ia bid’ah. Sedangkan bid’ah yang Rasulullah nyatakan ialah yang berkaitan dengan ibadah. Sambutan ulangtahun kelahiran bukan suatu ibadah ritual, tapi pada saya, kita memilih satu hari dalam setahun, supaya dapat kita raikan saudara kita, special untuk dia sahaja.
Cthnya, Kalau kita nak hantar surat, dalam ertikata sekarang, emel, lebih mudah, cepat dan jimat, kalau kita ada kawan beratus2 orang, dari sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, universiti, buat master hingga buat PhD, campur kerja pula, itu belum masuk kawan2 yang dikenali ketika menyertai kursus itu ini, aktiviti itu ini, mampukah kita nak hantar ucapan selamat kat semua orang itu serentak seperti hari raya aidilfitri, hari raya haji, dan hari2 kebesaran lain?
Boleh, apa susah, cc kan aje kat semua. Address book dah siapkan semua fasilitinya.
Ya, tapi untuk memberi mesej yang special menyentuh personality individu tersebut akan memakan masa dalam masa yang pendek tersebut. Kita mungkin nak tanya pasal kehidupannya, pasal anak2nya, itunya dan ininya.
Jadi, setelah memikirkan cara yang terbaik, saya akur ulangtahun kelahiran adalah satu elemen yang membolehkan setiap orang kita raikan secara khusus, atau sekurang-kurangnya memastikan kita hubungi sekali setahun khusus untuk dia sahaja.
Sekali setahun sahaja?
Praktikalnya, itu lebih baik daripada bertahun-tahun tak contact. Benar bukan?
Kita ada ramai kawan, dan kita ada banyak juga tanggungjawab lain. Justeru, semua perlu diberikan haknya.
Justeru pada saya memasukkan tarikh lahir kawan2 saya ke dalam calendar emel saya adalah cara terbaik, untuk memberi reminder kepada saya setiap hari akan tarikh lahir sahabat2 saya, dan saya akan menghantar mesej pendek kepada beliau. Special hanya untuk beliau.
Kemudian, pada saya, mengingati tarikh lahir orang lain adalah penting. Tapi itu tidak bermakna saya ‘demand’ orang lain ingat tarikh lahir saya pula. Itu tidak masuk dalam agenda. Jika orang tak ingat tarikh lahir saya tak de masalah. Sebab bukan tujuan saya untuk dibalas. Kerana menggembirakan dan memberikan hadiah kepada orang lain adalah sebahagian dari ibadah. Rasulullah s.a.w. berpesan ”tahaadu tahaabu”, berilah hadiah dan berkasih sayanglah. Justeru, kaedah feqah menyatakan:
la yatimmul wajib illa bihi fa huwa wajib. Apa yang tidak tercapai sesuatu yang wajib kecuali dengannya, maka ia menjadi wajib.
Mengasihi saudara itu perlu bagi saya. Dalam kesibukan urusan hidup yang pelbagai dan dalam ramainya saudara/ sahabat yang ingin dikasihi, maka mengingati dan meraikan satu tarikh dalam setahun untuk dia adalah wasilah untuk mencapai objektif pertama tadi. Be it tarikh Masihi atau tarikh Hijri, oleh kerana reminder saya berfungsi dalam tahun Masihi adalah menjadi kesukaran pula untuk saya meletakkan tarikh Hijri untuk beraksi. Insya Allah jika ada aplikasi reminder yang berfungsi dalam tarikh Hijri, saya akan manfaatkannya nanti. (Update: Google2 tadi ada jumpa software Islamic organizer, tapi nak kena download, lepas ni nak kena baca lebih lanjut mengenai penggunaannya) Buat masa ini, orang2 terdekat sahaja yang saya mampu convertkan tarikh lahir masihinya kepada tarikh hijri dan convertnya sekali lagi kepada tarikh masihi untuk dimasukkan ke reminder saya, dan ini perlu dibuat setiap tahun. Which is memang memerlukan banyak masa untuk manage.
Fain lam yaf’alu kulluh, la yatraku kulluh. Jika kamu tak dapat buat semua , jangan tinggal semua. So, kita buat lah setakat termampu. Kalau tak buat, tak lah berdosa pun. Tapi kalau buat dapat pahala, tu yang best tuh.

Dalam elemen
cinta, kasih dan
sayang, pada saya
kasih adalah paling suci.
Sayang = perasaan ingin memberikan kebaikan kepada sesuatu pihak dan menyelamatkannya dari bahaya.
Kasih= memberikan dan mencurahkan sayang dan mengorbankan apa yang kita ada kepada sesuatu pihak. Allah kasihkan hambanyaNya, tapi tidak mencitainya. Rasulullah adalah kekasih Allah, bukan kecintaan Allah.
Cinta = memberi atau mengorbankan sesuatu, untuk mendapatkan kasih sayang pihak tersebut. Kerana itu, kita cintakan Allah. Bukan kasih atau sayang. Kita membutuhkan semuanya dari Allah, maka kiat kena berkorban untuk melakukan segala2nya untuk Allah.
Dengan mengasihi orang lain, saya harap Allah akan mengasihi saya…