Bila ia milik muslim...
Siapa yang mengatakan mahu berjuang atau menyampaikan mesej Islam tapi tidak mahu menghadapi sebarang risiko, bagi saya adalah berbohong. Jika benar mesej yang disampaikan itu menepati syariat, puak Kuffar yang menjadi musuh Islam pasti tidak akan duduk diam.
Carilah tempat mana, carilah badan-badan dan pertubuhan mana yang hendak anda sertai dengan syarat tidak mahu menanggung risiko, kalian tidak akan menemuinya.
,Stesen Al-Jazeera sebuah stesen televisyen satelit milik Muslim yang berpangkalan di Qatar itu turut menghadapi prejudis pihak kuffar dalam Konvensyen Demokrat di Boston. Merka akan berbaik-baik dengan kita kalau ia akan membawa keuntungan kepada mereka, namun perasaan hasad dengki mereka memang tidak dapat diselindung lagi, dan akan terserlah juga dalam tindakan mereka. Justeru, benarlah firman Allah dalam larangannya untuk umat Islam tidak mengambil kaum musyrikin atau kafir sebagai wali atau penolong. Kita kuat kalau kita bersatu. Tidak perlu meminta pertolongan dari mereka kecuali mereka benar2 ikhlas tanpa ada udang di sebalik batu (tahaluf siasi). Apa pun jua, pandangan politik dan pengetahuan siasah perlu ada agar kita mampu membaca segala tindakan mereka, sama ada berbaur helah atau tidak.
Justeru, menjauhi pendidikan siasah dalam membentuk pemikiran kita adalah suatu kerugian besar kepada umat Islam hari ini. Lalu membesarlah kita sebagai umat yang hanya gemarkan keseronokan, tanpa sedar musuh sedang berusaha mengumpan untuk menghancurkan kita.

