Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Tuesday, October 10, 2006

    Anda pelajar yang cintakan kecemerlangan?

    Nak tengok magic?
    Klik mouse anda pada bulatan A bawakan hingga bulatan B.
    O A
    Sebagai pelajar muslim, apa yang kita mahukan?
    Berjaya?
    Menjadi muslim yang bertaqwa dan berkualiti?
    Tapi bagaimana caranya?
    Don’t be quatir...

    Ada program menarik di Ireland disember ini…

    Diskusi 7 habits of highly effective muslim
    bersama motivator yang tengah naik di tanahair sekarang,
    dibawakan khas dari Malaysia…
    Ust Hasrizal Abdul Jamil
    Konsultan di Fitrah Perkasa,
    aktif berdakwah dan mengendalikan kursus2 motivasi untuk sekolah2, universiti hingga institusi kerajaan dan swasta…
    Sentuhannya telah berjaya menginsafkan dan memotivasikan ramai orang…
    Dipersembahkan istimewa oleh PPIMI,
    badan induk pelajar malaysia berdaftar di Ireland
    Sertai PUISI, daftarlah sekarang,
    sementara tempat masih ada...
    Hubungi:
    Mohd Azran
    simoz06@yahoo.com
    +353851481628

    Norhayati Aziz
    yatiaziz_102@yahoo.com
    +353857168295
    O B




    Saalm aidilfitri buat semua

    Monday, October 02, 2006

    Anak-anak saudara ku

    Saya sayang anak saudara saya sebagaimana saya sayang Nabhan. Saya mahu mereka berjaya hidup dunia dan akhirat, sebagaimana saya mahu diri saya dan anak2 saya berjaya di dunia dan akhirat.

    Shakur, anak saudara saya yang sulung. Membesar dulu bersama saya. Jenguk duni tatkala saya baru berusia 5 tahun. Kami sama2 menikmati zaman kanak2. Saya harap saya telah menjadi ibu saudara yang baik, kerana dari kecil, saya tidak pernah pandai membuli orang. Kini Shakur telah menjejak alam pekerjaan. Insya Allah, ciksu yakin, Shakur boleh menjaga diri. Shakur tidak mudah terpengaruh dengan anasir negatif. Shakur tidak ada girl friend. Saya selalu pesan pada Shakur, Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Jadi kalau kita mahu mendapat isteri yang solehah, kita kena menjadi lelaki yang soleh juga.

    Maryam, anak saudara yang kedua, juga rapat dengan saya. Kini belajar dalam jurusan perubatan. Dia matang walaupun usianya yang muda. Pandai menjaga kanak-kanak dan punya pendirian. Perlu dibimbing agar kematangan makin terserlah. Dia juga seorang yang pandai menjaga diri. Saya yakin pada Maryam. Dia punya kesedaran yang tinggi untuk membawa perubahan kepada keluarga dan masyarakat. Dia ingin menjadi Daie yang baik. Saya doakan Allah memberi dia thabat di hati dalam jalan dakwah ini, insya Allah.


    bersambung...

    Bersyukur dengan apa yang ada, Allah akan tambah lagi..

    Allah Taala berfirman: Jika kamu bersyukur, nescaya aku tambah nikmatKu kepadamu, tapi jka kamu kufur, sesungguhnya azabKu amatlah pedih.

    Saya dapat ayat ni dari Kak T. Kak T cakap abah bacakan ayat ni dalam usrah keluarga pagi2, lepas solat subuh, sebelum ke sekolah masa abang dan kakak-kakak ku masih kecil dulu.

    Kak T kata dia pegang sungguh dengan ayat ini. Sungguh, asaya lihat rezeki Kak T memang murah. Walaupun Kak T hanya bekerja sebagai guru, tapi duitnya boleh bantu umi dan abah, bayarkan cukai tanah abah, belikan apa2 untuk kami adik beradik, pendek kata duitnya tak pernah kering. Dia tak pernah lokek membantu adik2nya.

    Saya masih ingat pesan umi dalam suratnya kepada saya. Kak T banyak berkorban untuk kami sekeluarga. Umi pesan kalau ummi pergi, umi suruh jaga dan sayang Kak T sebagaimana saya sayang umi. Isk... mata saya berair...

    Insya Allah umi, saya akan sayang Kak T. Walau pun apa yang berlaku, Abang P, Kak T, Kak Bah, Kak Yah, Kak Mar tetap darah daging saya. Anak-anak mereka adalah darah daging saya. Buruk mereka buruk saya juga. Baik mereka baik saya. Kerana itu saya rasa bertanggungjawab terhadap masa depan mereka.

    Peluang berada di UK ni, dengan kemudahan penggilan telefon ke Maysia yang free, cuba saya manfaatkan untuk bertanya khabar mereka, meminta nasihat mereka.

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger