Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Friday, March 11, 2005

    Ken Livingstone dan OIC

    Oleh: Maszlee Malik
    Ken Livingstone bukanlah nama yang gah sehebat nama Lady Diana, walaupun mereka datang dari negara yang sama. Mungkin David Beckham dan isterinya lebih dikenali dunia berbanding Datuk Bandar (Mayor) bagi kota London ini.
    Nama tokoh Inggeris berfahaman kiri ini walau bagaimanapun merupakan nama yang harum di kalangan mereka yang peduli terhadap isu Palestin. Bukan kerana dia merupakan anggota HAMAS ataupun Fatah, jauh sekali daripada menggotai PA mahupun PLO. Nama beliau menjadi agak rapat dengan Palestin kerana simpati beliau dan juga tindakan beliau yang banyak menarik perhatian dunia kerana lebih cenderung untuk membela nasib rakyat Palestin.
    Rasanya selepas Galloway, beliaulah antara tokoh di bumi penjajah ini yang sering dijoloki sebagai "Pro-Arab British".
    Selain daripada kenyataan-kenyaatan rasmi dan juga penyertaan beliau di dalam perhimpunan-perhimpunan membantah kezaliman Israel dan juga Amerika ke atas negara-negara umat Islam, beliau juga menjadi dikenali ramai kerana keberanian beliau untuk mengkritik rejim Zionis dan juga Amerika.
    Antara jasa beliau dalam membuktikan kebersamaan beliau dengan mereka-mereka yang ditindas ialah apabila beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan Muslim Association of Great Britain (MAB). MAB telah mula dikenali dunia apabila mereka telah berjaya membuatkan Menteri Pertahanan rejim Zionis, Shaul Mofaz meninggalkan bumi Britain dalam tempoh 48 jam berkunjung ke London pada tahun 2002. Seorang datuk bandar London, yang berfahaman kiri telah mempunyai hubungan dengan sekumpulan manusia yang dinamak an sebagai "fundamentalis" muslim yang sering cuba dikaitkan dengan keganasan oleh lobi Zionis kerana kepedulian mereka (MAB) terhadap isu-isu umat Islam, terutamanya isu Palestin.
    Ken juga menjadi semakin popular di kalangan umat Islam dan juga simpatis isu Palestin apabila beliau telah menjemput Dr Yusuf al-Qaradawi ke kota London, malah beliau sendiri telah diberikan penghormatan untuk merasmikan perhimpunan International Association of Muslim Scholars (IAMS) pada bulan Julai 2004 di City Hall, London. Walaupun tekanan yang dibawa oleh lobi Zionis di UK melalui ahli Parlimen dari parti "Labour friends of Israel group" yang pro-Zionis, Louise Ellman yang telah menggesa Menteri dalam negeri UK, David Blunkett agar tidak memberikan visa kepada al-Qaradawi, namun Ken tetap dengan pendiriannya. Malah beliau turut mucul di dalam wawancara-wawancara dan membuat kenyataan-kenyataan akhbar untuk mempertahankan al-Qaradawi. Tidak cukup dengan tindakan tersebut, beliaujuga turut membuat kenyataan terbuka meminta maaf dari al-Qaradawi mewakili rakyat Britainkerana tindakan Zionis yang memburuk-burukkan al-Qaradawi di media-media British dan mengundang beliau lagi ke Londondi masa-masa hadapan. Tindakan beliau ini telah dikecam dengan hebat oleh kumpulan pro-Zionis dan juga mereka-mereka yang anti-Islam, hatta di kalangan masyarakat Islam yang telah hilang keIslaman mereka.
    Apabila al-Qaradawi sekali lagi cubadicemarkan imejnya oleh media-media pro-Zionis melalui Middle East Media Research Institute (MEMRI) yang berpusat di Washington selepas peristiwa Tsunami, sekali lagi Ken Livingstone muncul untuk membela al-Qaradawi. Lebih menarik, pada 11 Januari, beliau telah muncul di media-media British untuk memohon kemaafan daripada al-Qaradawi berhubung tindakan jahat media-media British pro-Zionis tersebut, dan juga mengecam Mossad yang kononnya pada dakwaan Livingstone merupakan perancang utama di sebalik apa yang berlaku.

    Beliau juga menegaskan al-Qaradawi berupaya untuk menjadi penghubung di antara dunia Islam dan dunia barat. Tindakan beliau ini benar-benar telah mengecewakan pihak Zionis yang sememangnya senitiasa berusaha untuk merosakkan imej al-Qaradawi yan g dilihat sebagai pendokong usaha perjuangan kemerdekaan rakyat Palestin.
    Tanggal 4 Mac 2005, Ken sekali lagi telah memeranjatkan dunia apabila artikelnya di dalam akhbar The Guardian di UK, telah mengkritik dasar ganas rejim Zionis terhadap rakyat Palestin. Tidak cukup dengan itu, beliau juga telah memberikan cap mohor "Penjenayah Perang" terhadap Perdana Menteri rejim Zionis, Ariel Sharon dan menggesa agar Sharon didakwa di mahkamah tentera di atas penyembelihan rakyat Palestin di Sabra dan Shatila, Beirut pada tahun 1982. Dakwaan beliau bukanlah satu dakwaan tidak berasas, dengan berhujahkan hasil kajian dan juga kenyataan rasmi "Suruhanjaya Kahan" yang beroperasi di Israel(baca: Palestin yang dijajah) yang telah mengesahkan kesalahan jenayah yang dilakukan Sharonpada peristiwa berdarah 16 September 1982, beliau merasakan Sharonwajar menerima tindakan yang setimpal.
    Dalam usaha membezakan sikapnya yang anti kepada keganasan Israel dan juga sentimen anti Semitik yang mungkin dilontarkan kepadanya kerana kenyataan beliau itu, Ken telah mengungkitkan jasa-jasa beliau kepada komuniti Yahudi yang terdapat di kota London semenjak beliau belum menjadi Datuk Bandar Kota tersebut lagi. Beliau juga menegaskan bahawa tindakan-tindakan rejim Zionis hanyalah semakin menyemarakkan lagi keganasan di seluruh dunia.
    Unik!, itulah sahaja kata-kata yang boleh kita ungkapkan untuk menggambarkan pendirian Datuk Bandar berfahaman Marxist ini. Sebagai seorang yang berpegang dengan prinsip, beliau sering dilihat menjadi pembela umat Islam dan anti-Semitik. Mana tidaknya, setakat ini belumpernah lagi seorang pun daripada pemimpin-pemimpin negara OIC berani mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Bukan hanya takut untuk mengkritik Sharon, malah dasar-dasar Sharondan juga AS berhubung isu Palestin pun mereka takut untuk menyuarakan bantahan secara terbuka. Jika adapun hanya menantikan umat Islam dibunuh secara besar-besaran, barulah terhegeh-hegeh para pemimpin OIC untuk mengutuk sahaja. Hanya kutukan sahaja yang menjadi senjata, dan setakat ini tidak pernah lagi ada mana-mana negara yangberhenti melakukan keganasan hanya kerana dikutuk. Lebih menarik lagi, pengerusi OIC sendiri pun tidak pernah berani untuk membuat kenyataan semacam kenyataan Ken Livingstone berhubung Sharon. Bukankah dengan jenayah sedemikian rupa OIC boleh sebulat suara untuk mendakwa Sharon, jika tidak di ICJ pun, sekurang-kurangnya di negara masing-masing sepeti yang berlaku terhadap Mofaz di kotaLondon. Sayangnya, pemimpin-pemimpin Arab dan Muslim dilihat terjilat-jilat untuk mengadakan apa yang mereka namakan sebagai"perdamaian" dengan rejim Zionis dan sekaligus menghentikan perjuangan kemerdekaan rakyat Palestin di era Mahmoud Abbas aka Abu Mazen.
    Oleh itu saya mencadangkan agar Ken Livingstone dianugerahkan dua anugerah yang amat bermakna memandangkan jasa beliau yang tidak terhingga itu. Yang pertamanya, dia wajib dikalungkan anugerah Tokoh Maal Hijrah 1427 nanti, dan keduanya dia patut dicalonkan sebagai pengerusi OIC selepas Perdana Menteri Malaysia, di sesi akan datang. Biarlah dia mengajar Negara-negara OIC untuk bertindak sebagai anak jantan!

    Senyuman

    Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangiseorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Denganmurung lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya takpernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, sayamasih bermunajat. Istri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya jugabukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malangdan kehidupan saya penuh kesulitan?"

    Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah romanmukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namunwajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah,salahsatu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curigakepadanya."

    Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpamengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untukberkeluh kesah.

    Memang Tuhan telah menakdirkan manusia sebagai makhluk yang paling indah.Bentuknya begitu sempurna, sehingga dipandang dari sudut manapun manusiakelihatan cantik dan serasi. Untuk itu hendaknya kurnia ini jangan dinodaidengan penampilan yang buruk, karena sebagaimana kata Rasulullah,"Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan."

    Namun demikian tidak berarti Islam mengajarkan kemewahan. Islam justerumenganjurkan kesederhanaan. Baik dalam berpakaian, merias tubuh maupundalam sikap hidup sehari-hari. Nabi sendiri jubahnya seringkali sudahluntur warnanya tapi senantiasa bersih.

    Umar bin Khattab walaupun jawatannya kalifah, pakaiannya sangat sederhanadan bertambal-tambal. Tetapi keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat.Roman mukanya berseri. Takheran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatupekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullahmenegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besarpahalanya.

    Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumahtangga jika suami istri selalu berwajah tegang. Sebab tak adapersoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan.Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah,apapun persoalannya niscaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluargasakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih.

    ----------------
    Baru saya perasan mengapa saya rasa tenang menatap wajah abang. Senyumannya, menenangkan. Cukupkah senyuman yang telah saya berikan kepadanya sebagai seorang isteri?

    HIjrah Celebration dan golf

    Masa begitu cemburu.

    Kabur masih menghantui

    Hmm.. sedikit catatan saya..Sempena Tahun baru Hijrah 1426, KMD telah mengadakan sambutan mega boleh la katakan macam tu, sebab program dia makan masa 2 hari.

    Dari acara memasak asyura versi Terengganu pada paginya hingga petang, (6 jam), malamnya, talkshow bertajuk, "Di mana bumi di pijak, di situ langit di junjung," dengan panelnya Ust B dan abang. Diakhiri malam itu dengan jamuan Asyura dan beehoon goreng.

    Saya beruntung dapat tetamu dari Glasgow, Abg N dan Kak S. Turut sama meraikan majlis ilmu pada malam itu. Terasa kurang hadirin pada malam itu. Tapi tenok2 balik, bukan orang tak datang penyebabnya, cuma memang Melayu Dundee baru kekurangan ahli kerana pulang ke Malaysia 2 keluarga, Kak F dan K W. Sungguh terasa kehilangan.

    Esoknya, Training Golf di Driving Range,tengah jalan ke St Andrews.
    Belajar memukul bola golf di St Andrews, yang punya padang Golf tertua di dunia. Di sini, main golf macam main badminton aje. Bayar bola golf GBP5 untk 100 biji , dan GBP1.75 utk club (kayu golf).

    Saya beria memerhatikan coach A, dari St Andrews U mengajar teknik memukul bola golf. Dari lenturan kaki, hayunan tangan dan pinggang untuk membuat back swing, hingga memukul bola dan melepaskan swing dengan lengan tegak. Saya bertekad untuk pandai main golf. Saya bertekad untuk pandai serba serbi sebagai bekalan menjadi daie yang serba boleh.

    Abang selamba aje, dia memang tak nak main pun mulanya sebab jarinya sakit. Takut tercedera kalau hayun club. Sayalah yang bersungguh nak main jugak. So, saya share bola 100 biji dengan Kak N.

    Yang geramnya, saya try pukul bola, dalam banyak2 tu (50 biji) 5 kali aje yang betul2 kena dan bola melantun jauh, sedangkan abang try sekali dua dah boleh fokus dan bola melantun dengan cantik. Cuma tangannya cedera kemudian, dan keluar darah. So, dia tak boleh menyambung permainan.

    Allah kurniakan abang kebolehan cepat pandai, alhamdulillah. Tapi macammana saya nak jadi macam dia?

    Nabhan baik saja menunggu dalam pram (perambulator). Comel sungguh menyonyot soother. Sesekali merengek2 bila cahaya matahari menyinari mukanya di sebalik hood pram.

    Balik rumah, buka emel, dalam egrup ALKIS pun sibuk duk bincang nak buat permainan golf untuk ALKIS (alumni Kolej Islam). Bayaran RM 150 sekepala. Hmm lagi la semangat saya nak belajar, tapi bila saya akan ke driving range lagi yek?

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger