Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Thursday, July 31, 2008

    muvi islamik - mukadimah

    Saya bercita2 nak melibatkan diri dengan penerbitan filem/ animasi islamik pada masa akan datang. Bercakap dan komen orang lain buat filem islam tak kena memang senang, apa yang say buat untuk menggerakkan muvi islami pada masa akan datang.

    K Aida Rahayu, senior saya di Kisas telah menceburkan diri dalam bidang ini. Saya tak de apa2 kaitan, cuma di sudut hati kecil saya, saya ingin buat sesuatu untuk membantu bidang dakwah ini. pada saya muvi islami lebih berkesan daripada nasyid. nasyid lebih kepada hiburan. mesej belum tentu diambil oleh pendengar. Tapi bagaimana nak terbitkan sebuah muvi. Bercakap tentang masakan sedang kita tak pernah masuk dapur tentulah susah. Justeru, saya sedang mendekati dunia perfileman untuk menimba sedikit sebanyak ilmu yang mampu membantu kita pada masa akan datang.

    Sejak 3 tahun lalu, di sini, saya bertemu dengan satu siri yang dah bermula sejak tahun 1950-an dulu lagi, Doctorwho. Website dia sangat bagus untuk melibatkan public mengenali secara luar sedar akan teknik2 membuat filem. Dalam Doctor Who Confidential, banyak yang dikongsi, teknik buat film, teknik pencahayaan, teknik bunyi, teknik 3D animasi untuk buat monsters. dll. Saya akan share di sini sedikit demi sedikit apa yang saya dapat, mudahan akan datang ilmu ini akan dapat saya manfaatkan untuk buat filem yang islamik. Doctorwho dapat membawa penonton ke satu alam lain iaitu Britain and Earth yang dihadiri oleh Doctor.
    1. Cerita dia melibatkan history, present dan future.

    Historical. Apa yang diadaptasikan dalam ceritanya merujuk sejarah orang2 yang betul2 hidup pada masa dahulu dan misteri yang berlaku dalam hidup mereka digarap dengan menyelitkan kehadiran DrWho sebagai elemen yangberkait. Cthnya: Misteri Queen victoria dengan warewolf, Madam Pampedour yang bijak(hingga menarik minat alien berjuta tahun selepasnya untuk ambil otak dia), Agatha Cristie dengan kekreatifannya membuat crime novel, menyelesaikan crime di zamannya dan misteri dia menghilang 11 hari, dll.

    Present. Kisahnya mengadaptasikan kemajuan dan teknologi yang ada hari ini, sebahagiannya menjadi ancaman bila digunakan oleh alien. seperti headset, handphone, komputer, satnav (atmos),dll.

    Future. Mcm2 alien, teknologi, dll yang menjadi ancaman.
    Yang menariknya, berbeza dnegan superman, spiderman, ultraman dll, Doctorwho ialah hero yang membawa bersamanya companion yang ditrain hingga akhirnya boleh berdiri sendiri dan bertindak menyelamat dunia. Maknanya tak de lah dia aje yang jadi hero. Manusia yang dia bawa bersama akan meningkat keberanian, dan adventurous nya. Dalam situasi tertentu Doctor tak mampu berbuat apa2 dan bergantung kepada manusia itu untuk menyelamatkan keadaan. Companion dia bukan sahaja perempuan, ada juga lelaki. Dari kisah Doctor Who ini, terbit pula siri2 lain yang melibatkan companion dia sahaja tanpa kehadiran Doctor. Cth: Torchwood, Sarah Jane Adventures, dll.
    Websitenya pula ada novel Doctorwho yang membuka peluang sesiapa sahaja untuk menulis kisah doctor who dari kekreatifan mereka. Cuma mesti kena dengan sifat2/ rukun2 asas Doctor dll.
    Cam cerita pak pandir, walaupun ada banyak siri kisah Pak Pandir, saya tak pernah terfikir, adakah siri2 ini ditulis oleh seorang penulis atau orang2 yang berbeza?
    Ada exhibition di Cardiff untuk para peminat melihat replika watak2 dalam filem ini.
    Ada website2 yang menceritakan lebih lanjut peristiwa yang berlaku dalam filem ini.
    Pendek kata mereka menggunakan segala teknologi maklumat yang ada untuk membuatkan Doctorwho ini dan peristiwa yang berlaku sekitarnya benar2 wujud. Live. Sesekali terfikir banyaknya tenaga dan pakar2 yang merea gunakan terlibat dalam pembikinan filem dan segala2 yang berkait dengannya. Alangkah indahnya kalau kita boleh buat itu untuk Islam. Why not? Not impossible eh? Ia seolah2 satu fenomena. The other world of Britain and the whole of universe. Bayangkan kanak2 yang membesar dalam fenomena ini. Dan bayangkan kanak2 yang membesar dalam fenomena Islam. Tentu mereka kan yakin bahawa Islam adalah satu cara hidup yang tidak mustahil.
    Skill training.

    Ada trailer maker, yang saya kira sangat baik untukmelatih audience skill nak buat muvi. untuk berjinak2 start dengan buat trailer dulu, dari skill ini boleh panjangkan lagi dengan buat muvi yang lebih panjang. Its great. http://www.bbc.co.uk/doctorwho/trailermaker/edit/


    Ada game untuk asah kecergasan minda bring the audiance inside the world of doctor, get involve dalma menyelesaikan misteri. great right.
    Doctorwho Confidential. Muvi selalunya bergerak sangat pantas. Justeru siri confidential ini mengupas satu persatu kenapa sesuatu itu berlaku seperti itu, justeru penonton lebih memahami jalan cerita dan 'hikmah' yang berlaku. Dan juga bagaimana sesuatu siri dibuat, Disebalik tabir la. Macam The Making of gitu..
    Justeru saya memikirkan kalau siri Doctorwho dapat membawa penonton menyelami alam yang tak logik tapi cuba direalistikkan dengan involvekan penonton hingga alam itu seolah2 benar2 wujud, mengapa kita tidak boleh menggunakan kreativiti dan belajar dari pengalaman penerbit doctorwho untuk menerbitkan siri untuk sebuah dunia yang melaksanakan Islam secara sepenuhnya? Manusia selalu tidak boleh percaya sesuatu hingga mereka melihatnya dengan mata mereka sendiri.

    Kita boleh involvekan ulama2 untuk mendapatkan dasar cerita. Seniman dan sasterawan, untuk garap jalan cerita. Itulah yang dibuat dala Doctorwho, mereka menghimpunkan historian untuk buat kisah yang historical, dan saintis untuk buat cerita in the future. Pendek kata kombinasi pakar2.

    Doctorwho Companion. Siri cam quiz yang menjemput kanak2 datang kestudio, setiap minggu ada yang kena keluar, th eultimate aim, melahirkan kanak2 yang bijak, berani, yakin pada diri sendiri dan lain2 yang ada pada nilai seorang Doctorwho companion. Kalu ia ditukar kepada melahirkan seoang pejuang Islam yang mementingkan nilai2 keamanan yang diajar dalam Islam, kena berani, yakin dalama menyampaikan dakwah, kan cantik.

    Monster2 tu kita boleh jadikan elemen2 yang Allah larang, seperti minum arak, judi, telek nasib, dan lain2. lalu dengan pengetahuan saintifik, kita kembangkankesan negatif yang wujud hingga 'Islamik Doctorwho', Katalah 'pendekar mata hati' datang dan menyelamatkan keadaan dengan panduan wahyu Ilahi.
    Justeru inilah niat asal saya mengikuti siri Doctorwho, dan saya sangat berharap suatu masa nanti ilmu dan pengalaman ini dapat membantu saya dan sesiapa sahaja untuk merealisasikan apa yang saya cita2kan. Insha Allah.

    Step seterusnya, hari ini, saya join Grup karyawan luar negara dan pe$ndaftaran telah pun diterima. Tujuannya, nak belajar lebih lanjut bagaimana nak menulis, ia juga a part of pengetahuan yang perlu dalam nak buat Muvi islamik, insya Allah.
    Bersambung....

    Wednesday, July 30, 2008

    sajak buat SMABA

    Sebutlah,
    Yang kau menyayangi saudaramu

    Kerana suaramu itu
    Bakal merembes hormon
    Yang bakal menyejukkan perasaan.

    Ikhlasmu
    bakal menyerap ke dalam jiwanya
    dan membakar motivasi sahabatmu
    bahawa masih ada yang sayang.

    Tak perlu kau simpan sayang mu.
    Luahkanlah.
    Tiada wang yang perlu kau taburkan,
    Tiada hadiah yang perlu hulurkan,
    Cukup kata2 yang kau menyayangi dia,

    Adakah itu terlalu sukar?
    Kau takkan muflis
    hanya kerana menyatakan
    kau ada sayang

    Justeru,
    Jika kau punya sayang,
    Luahkanlah,
    Kerna jika luahanmu dari hati,
    Ia akan singgah jua ke hati.
    Dan menyiram taman mewangi,
    memekar kelopak ukhuwah kerana Ilahi.

    Dan jangan lupa,
    Titip namaku di celah helaian doamu...

    ciksu mu yang menyayangi...

    Thursday, July 17, 2008

    touch typing guide

    Saya jumpa yang ni bagus, sebab dia bagi exercise step by step dan ada panduan jari mana nak guna terus.

    Wednesday, July 09, 2008

    sabar itu mahal harganya.

    Ada makanan lebih lepas makan, kalau tak ambil, membazir pulak, akan dibuang begitu sahaja. Kami pun pergi dan cari bekas2 tupperware yang ada dalam bilik rehat. Kawan saya ada seplastik bekas Tupperware, dalam 3-4 bekas dalam tu. “Ini saya puya, yang bawa hari tu”, katanya. “Ambik lah bekas yang kat dalam lemari itu, “ katanya lagi seraya menunjuk kepada beberapa bekas plastik tak bertutup dan kotor. “Basuh la sikit”.

    Saya terkedu, Saya tak kisah pun dengan makanan tu. Kalau boleh bawa balik untuk suami dan anak2 alhamdulillah, itu rezeki namanya. Tapi kalau tak de bekas tak pe lah. Tapi kalau saya di tempat dia, seperti yang pernah saya berada di tempat dia sebelum ini, tentu saya akan bahagikan bekas tu supaya dapat sama2 ambil makanan tersebut. Saya cuba buang rasa hati yang berkampung. Kenapa nak rasa hati, itu kan orang punya, tak pelah. Hati saya memujuk. Kalau Allah nak bagi rezeki, akan ada bekas mendatang. Saya jumpa satu bekas plastic bertudung atas peti. Saya ambil dan isi dengan sedikit kus kus daging dan saya berlalu. Di sudut hati ada rasa sedih diperlakukan begitu oleh kawan. Individualistik? Tak patut saya tuduh dia, tapi ini bukan kali pertama. Kengkadang saya rasa bingung bagaimana nak berkawan dengan orang2 seperti ini. Kalau saya di tempat dia, saya takkan sampai hati makan sorang. Hatta saya pernah share sebungkus makanan yang saya ada walaupun sedikit dengan dia.


    Sungguh rezeki itu Allah yang beri, walaupun sedikit, dishare, alhamdulillah saya kenyang, itulah hikmah rezeki Allah.

    Tapi kengkadang, sebagai manusia biasa hati saya tercalar juga bila berhadapan dengan sikap kawan yang seperti ini.

    Ikhlas, Ikhlas. Kita kena ikhlas. Kita memberi bukan untuk menerima. Tak pe. Allah akan gantikan dengan yang lebih baik, percayalah.

    Saya tahu dan saya sedar saya kena ikhlas, Cuma kekadang saya rasa dipergunakan, dan diambil kesempatan. Camne saya nak buat? Bila orang susah kita tolong, bila kita susah?
    ALLAH AKAN TOLONG. YAKIN LAH. Iman saya menjawab.
    Ya, betul, Allah akan tolong.
    Ya, betul. Hatta kalau dah tak de orang kat dunia ini nak kawan dengan saya pun, ALLAH AKAN TOLONG insya Allah, dan nak dapat kawan dengan Allah ini, kenalah sayang Allah lebih dari segalanya. Tidak menggantung harap kepada manusia.
    Ya, Insha Allah. Saya akan cuba, didik hati saya.
    Ya Allah, kurniakanlah cintaku hanya kepadaMu.
    Kurniakanlah rinduku hanya kepadaMu.

    Dan untuk mendapat pahala sabar itu bukan mudah, pahit menahan sabar perlu ditelan.
    SABARLAH, SYURGA MENUNGGUMU DI SANA.

    Sabar aje ke? Tak payah cakap pape ke dengan sikap dia? Bagaimana jika dia teruskan aje dengan sikap dia tu? Tanpa sape2 yang tegur?
    Rasulullah ketika dihujani macam2 oleh orang disekitarnya, baginda bersabar. Ditabur duri, dibaling perut unta. Dll, Bila perkara buruk itu dibuat kepada individu baginda, baginda bersabar. Tapi bila perkara buruk dibuat kepada Islam, Maka dia akan bangkit. Menentang.

    Kita kengkadang, kalau benda yang buruk kepada Islam, kita takut2 nak bangkit, cthnya, gejala murtad, tak pe tak kena kat aku, anak2ku, atau jiran tetanggaku.
    Tapi bila minyak naik, periuk nasi kita terganggu, baru kita nak bangkit. Adakah kita juga ada sikap individualistik? Waliauzubillah.

    Justeru, kalau pun nak bangkit pasal minyak, jangan niat untuk diri kita sorang, tapi niat untuk semua rakyat. Lebih2 lagi mereka yang di medan tanahair sana. Justeru, kita yang duk luar negara ni, jangan berlepas tangan hanya kerana kita tak kena tempias itu. Itulah individualistic namanya.

    SABARLAH, SYURGA MENUNGGUMU DI SANA.

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger