Syukur alhamdulillah...
Event 1
Bababa.. papapa…
Bebel Hanan dari buai sambil abahnya menghayun buaian sambil berzikir. Suara itu sungguh menenangkan di telingaku. Suara si anak yang membebel manja. Dan suara sang suami yang mendodoikannya tidur.
Aku masih terpacak depan laptop menyudahkan developing argument yang didiskusikan kelmarin.
Sang suami yang cukup memahami mengambil alih menjaga anak2 demi memberikan ruang untuk isteri belajar.
Terima kasih sayang...
Event 2.
Alia datang ziarah saya yang kurang sihat beberapa hari lalu. Beliau bawakan beberapa bungkus biskut dan chewits, gula2 yang boleh dikunyah.
Siapa sangka, saya baru teringin nak makan biskut, masuk dapur belek2 lemari kalau2 ada biskut, bila loceng pintu berdenting dan Alia masuk dengan biskut!. Alhamdulillah.
Mungkin pada Alia dan orang lain, biskut itu kecil aje nilainya. Tapi bagi saya, saya amat menghargai buiskut yang Alia bawakan, di kala perasaan membuak2 nak makan biskut. Mungkin Alia sangat ikhlas nak berikan saya biskut. Atau sangat ikhlas semasa datang menziarahi saya.


5 Comments:
Salam ziarah..Far!
Selamat Hari Raya..ble agaknya habis study? Selamat Maju Jaya..
Far..
Igt Kak Latie Ali lg tak? x smaasza n x mesir..
Salam, Ingat akak, apa khabar? Akak kawen ngan Ust Raja kan?
Insha Allah hujung tahun ni atau awal tahun depan... akak doakan yek.
akak kat mana sekarang?
Salam ziarah Far..
Ye K lati khwin ngan Ust Raja - abg Rj Hsyamuddin - yg skali dgn Far kt al Maktoum kan? K Latie skrg mengajar kt Setiu..
k latie, alhamdulillah... k latie dah nak dapat anak sadara lagi ye.... tahniah...
Post a Comment
<< Home