Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Monday, June 15, 2009

    PhD = pregnancy?

    Menelusuri hari2 menyiapkan PhD terasa begitu berat dan membebankan. Ia suatu yang berat tapi tak mampu nak diletakkan kat tepi. Kena buat jugak. Walau orang cakap begitu dan begini petua2 nak bagi ringan, tapi akhirnya kita juga yang nak kena tanggung. Orang yang dah siap buat PhD, mencadangkan begitu dan begini, dan sebagai orang yang baru atau sedang buat PhD, kita cuba amalkan petua2 yang dicadangkan. Tapi tidak semua petua2 itu bertepatan dengan nature kita. Tak semua boleh dipakai.
    Pengalaman ini betul2 terasa seperti sedang mengandung anak sulung. Kita terkial2 mencari jalan bagaimana nak menyesuaikan diri dengan pengalamaan yang tidak pernah dilalui sebelum ini. Mungkin ada sedikit sebanyak pengalaman yang kita pernah lalui seperti sakit belakang, dulu2. Bawa benda berat dalam perjalanan. Dalam PhD, ia seperti sedikit2 pengalaman yang kita pernah lalui ketika sekolah rendah, sekolah menengah, dan universiti dulu. Tapi tak semua pengalaman itu dapat membantu kita ketika buat PhD. Sebagaimana sakit2 lain sebelum hamil tak semuanya sama penyelesaiannya dengan bebanan ketika hamil.




    Ketika sesi refleksi dalam Summer Workshop yang lepas, saya renung pengalaman sahabat2 yang lain. Saya sedar dan nampak bahawa pengalaman membuat PhD ini memang hampir sama dengan pengalaman mengandung anak sulung.




    Ia berat, kena bawa ke mana2 sahaja. Tapi kita tak boleh pu nak letak. Kena bawa juga. Tidur ingat PhD, makan ingat PhD. Walaupun kita cuba lari sekejap dengan amik cuti, lupakan, tapi ia takkan habis, masalah tetap masalah. Dan masalahnya, masalah itu tak semestinya orang lain boleh bantu. Mungkin ada orang boleh beri nasihat, tapi sebahagian besarnya, hanya kita yang tahu bidang research kita, sebab kita sedang dilatih untuk menjadi researcher yang perlu menyumbang sesuatu yang baru dalam bidang ilmu ini.




    Ibarat melahirkan bayi, yang bayi itu adalah bayi kita. Berada dalam perut kita, tak siapa boleh tolong kandungkan untuk kita.




    Ada sahabat dalam sesi refleksi itu menyatakan, stressnya dia buat PhD ni, kalau diminta buat sekali lagi PhD lepas ni, tobat dia tak nak buat dah.




    Saya renung kata2nya, Kalau bidang research dia yang semua benda dah ada depan mata, tinggal nak proses aje, pun dia rasa stress, maka patut benarlah bidang saya yang semua benda tak de depan mata, dan nak kena cari sana sini, nak kena interview orang yang dah mati, nak kena faham apa yang orang yang dah mati cakap, dengan bahasa yang bukan bahasa ibunda saya, nak kena faham situasi zaman orang mati tu masih hidup, maka padan benarlah saya sangat stress. So, rupanya itu bukan kelemahan saya, tapi itu adalah nature pengajian yang saya sedang memberikan komitmen kepadanya.




    Bila pelajar master lain dah ada yang mula teragak2 untuk menyambung ke peringkat PhD sebab mendengar pengalaman sahabat tadi, saya mengutarakan pandangan saya. Saya juga melalui pengalaman stress, sebelum ini saya ingatkan saya sorang sahaja yang stress. Sebab saya nampak orang lain semua cool aje. cam tak de masalah. Walau pun saya tahu dan sedar mana ada orang yang tak de masalah, tapi samaada orang tu boleh cope atau tidak sahaja. Tapi bila saya rasa stress saya ke peringkat yang saya sendiri tak boleh nak cope, saya mula merasakan diri saya sangat teruk. Lebih2 lagi saya seorang pelajar yang boleh dikatakan agak cemerlang sejak saya sekolah rendah dulu lagi. Saya selalu mendapat tempat pertama dalam kelas, di sekolah menengah pula, Allah mengurniakan saya tempat yang agak tinggi dalam peperiksaan utama. PMR dengan 9A, STPM dengan 10A1, dan STPM dengan 5P. Di universiti pula saya menyudahkan pengajian dalam masa 4 tahun seperti yang sepatutnya, dalam keadaan sahabat2 lain ada yang terpaksa mengulang tahun. Master pula saya mendapat distinction. Alih2 PhD, saya rasa sangat keseorangan. Hatta nak menulis pun rasa tak tahu. Nak bercakap English pun rasa teragak2.




    Dulu, saya selalu mengamalkan study group. Saya masih ingat pengalaman masa nak menduduki peperiksaan STK dan STPM, sahabat2 lain semua jenis study sendiri. Saya terkial2 mencari teman untuk study bersama. Allah hantar seorang sahabat yang jenis lebih mudah faham kalau dengar penerangan orang berbanding baca (Audio learner). Manakala saya pula mesti nak kena diskus. Tak pe kalau saya yang bercakap pun. Jadi kami pun study bersama dengan bahagianya, saya bercerita dan dia mendengar. Kalau cerita saya dia tak faham, dia tanya, dan saya akan cari jalan bagaimana nak bagi dia faham, dengan cara itu saya pun memahami apa yang saya sendiri tak faham bila saya baca buku sorang2.




    Situasi ini tak boleh saya dapat ketika buat PhD. Walaupun kengkadang kita ada peluang bersembang2 dengan rakan2, tapi bidang kajian masing2 adalah berbeza. Dan masing2 juga sibuk dengan kajian masing2. Justeru, perasan 'alone' memang terasa amat.




    Lalu berbalik kepada cerita saya dalam sesi refleksi tadi, saya rasa pengalaman membuat PHD adalah seperti pengalaman saya mengandungkan baby, ia berat, tapi kita tak boleh nak letak. Kena kendong juga, bawa ke mana2. Tidur kena bawa, makan kena bawa, pergi ke mana2 kena bawa. Hatta pergi bercuti pun bawa juga.




    Sampai satu masa, kita akan mengalami saat yang kritikal, iaitu ketika hendak bersalin. Ibarat nyawa di hujung tanduk sakitnya. Ketika itu, kita rasa dah serik, tak nak bersalin dah lepas ini. Inilah kali pertama dan terakhir kita akan hamil.




    Kritikalnya situasi itu ibarat the last year kita menyudahkan penulisan thesis PhD kita. Kita nervous bagaimana akan jadi dengan thesis kita nanti, indahkah rupanya, bolehkah diterima sebagai sebuah thesis yang sempurna.




    Ibarat kita ketika melahirkan, kita juga nervous bagaimanakah nanti rupa anak kita, sempurnakah rupanya. ampukah kita cope kesakitan ini, atau kita akan mati. Cukupkah kita menjaga pantang larang dan panduan kesihatan ketika hamil untuk membolehkan kita melahirkan seorang bayi yang sempurna.




    Lalu ketika itu, hanya Allah yang kita harapkan untuk menjaga bayi yang bakal; dilahirkan semoga dia lahir dengan sempurna. Tiada daya upaya kita untuk menentukan yang terbaik buat sang bayi.




    Masalahnya kesakitan yang ditanggung, teramat sangat. Lebih2 lagi saya sakit sangat lama. 3 hari 2 malam. Kakak-kakak saya pun ada yang begitu. Justeru sakit yang lama ini menimbulkan stress.




    Seperti la stress ketika nak buat PhD ini. Tekanan yang sekejap boleh mendorong kita untuk membuat kerja dengan cepat. Tapi tekanan yang berterusan dan lama boleh membuatkan kita bocor dan kempis. Rasa tak larat dah.




    Tapi, saya membayangkan kepada sahabat2 yang berada di keliling halaqah dalam sesi refleksi tersebut, nanti bila kita dah dapat melahirkan bayi itu. Bila kita dah pegang dia, tatap wajahnya, dakap dia dengan penuh kasih sayang, kita akan lupa semua penderitaan yang kita tanggung semasa hamil dulu. Dan ketika itu, kita takkan rasa serik untuk hamil lagi. Malah kita mengharapkan untuk mendapatlebih ramai lagi bayi yang comel seperti itu. Alhamdulillah.
    Begitu juga dengan PhD, saya kira, suatu masa nanti, bila sebuah theses yang tak nampak rupa lagi sekarang ini dapat saya lahirkan, kita akan lupakan semua penderitaan yang kita tanggung ketika ini. Kita akan punya konfiden diri untuk membuat research2 seterusnya berbekalkan pengalaman dan skill yang kita timba sepanjang tempoh 'kehamilan' ini.




    Tapi.. itu kalau berjaya melahirkan sebuah tesis yang sempurna, kebimbangan saya sekarang ialah kalau saya tidak berjaya melahirkan sebuah tesis yang sempurna, kerana thesis itu lahir dari hasil kerja saya, bukan terbina dengan sendiri seperti bayi yang tumbuh membesar dalam rahim secara semula jadi.


    Scan bayi memberi lapang hati kepada si ibu akan pertumbuhan bayinya samada normal atau tidak. Masalahnya scan thesis baru2 ini, menunjukkan masalah di sana dan sini yang saya nak kena settlekan segera. Tak nampak lagi rupanya yang sempurna.




    Lalu saya teringat kepada nasihat seorang sahabat. Apa yang kita sedang buat sekarang ialah membina ilmu. Ilmu itu datangnya dari Allah, Allah boleh beri dan Allah boleh tak beri. Adakah awak ingat thesis ini ilmu awak sendiri? Tidak ia adalah ilmu Allah.




    Justeru, berusaha dan terus berusaha sambil berdoa dan terus berdoa kepada Allah. Kerana, jika Allah nak beri, kerja kita akan jadi mudah. Cari dan cari jalan untuk membolehkan thesis ini boleh lahir dengan sempurna. Seperti ketika kita hamil, kita minum susu yang berkhasiat, ambil vitamin, makan sayuran yang bagus, tidak membuat sesuatu yang boleh memudaratkan bayi. Hatta meninggalkan kebiasaan kita yang boleh menghalang tumbesaran bayi dengan sempurna. Dan sanggup buat apa sahaja yang kita tak suka sepeti makan ubatan yang tak sedap demi kebaikan si bayi. Begitu juga kita menjaga tumbesaran thesis kita ini. Dapatkan nasihat mereka yang telah berpengalaman dan cuba adaptasi dengan kesesuaian kita. Sabar dan teruskan usaha. Suatu masa nanti kita akan berhasil melahirkan bayi kita ini. Semua itu pastinya dengan izin Allah...




    Kalau tak berhasil? Orang yang mengandung juga tak semuanya melahirkan anak yang sempurna. Tapi apakah itu penutup kepada kehidupan seterusnya? Kalau kita dah berusaha, tapi thesis kita masih juga tidak berjaya, mungkin takdir telah tersurat anak yang dilahirkan cacat dan tidak sempurna....




    Oh... pada point ini, saya kembali gementar. Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Saya ingin melahirkan sebuah thesis yang sempurna, bukan yang cacat, bantulah aku... Sanggupkah saya bersabar nanti menerima takdir itu? Kesulitan yang dihadapi ini, lebih diparahi dengan tekanan dari pihak penaja dan universiti sendiri. Jika hamil sekurang2nya kiat mendapat support yang penuh dari pihak suami dan keluarga, malah pihak hospital juga sentiasa memberi nasihat yang benar tentang bagaimana menjalani tempoh kehamilan. Tapi sebagai seorang pelajar PhD, pihak universiti dan penaja hanya menginginkan report yang terbaik dari kita. Jika progres stak bagus, kita ditekan dengan sekatan biasiswa dll. Yang setentunya memberi impak yang buruk kepada proses kajian yang dibuat.




    Saya tunduk. Saya sedar kebarangkalian itu ada. Beberapa sahabat khabarnya ada yang pulang hanya dengan MPhil dengan pelbagai masalah yang dihadapi, supervisor yang tidak supportive, bidang yang tak cukup bahan. Semua yang buat PhD tahu cabaran2 ini. Cuma nasib2 sahaja di mana kita tercampak.




    Ya Allah yang Maha Berkuasa, Yang Maha Mengetahui, bantulah hambaMu ini. Sunggu aku buat research ini untuk menyumbang kepada agamaMu ya Allah, research ini kuharap dapat menjadi titik pertemuan antara tiga agama yang berasal dari wahyuMu. Semoga pengikut ketiga2 agama ini akan sentiasa ingin mencari yang paling benar setelah melihat kesan baik hasil mengikut wahyu dan petunjukMu. Malah, jika nama Muslim pun, tapi kalau tidak mengikut petunjukMu, akan binasa juga.




    Ya Allah, aku harap jalan yang aku lalui kini dapat membantuku dan sahabat2 ku yang lain untuk meneruskan dakwah yang kami janji bersama untuk pikul ini. Sungguh kami terlalu kerdil Ya Allah. Aku sedar aku ada banyak kekurangan dan kelemahan. Tapi izinkanlah aku untuk menjadi salah satu batu bata yang mendokong agamamu Ya Allah, berikanlah aku kekuatan Ya Allah.




    Ada air hangat menitis di birai kelopak mata.
    Aku teringat ummu Ammar yang sungguh tabah menerima kematian anaknya di Mesir beberapa hari yang lalu. Aku tahu, aku tak setabah dia. tapi aku ingin jadi seperti dia, tabah menghadapi ujian hidup. Tapi aku tak boleh tiru2 begitu sahaja. Kekuatan itu tidak boleh dibuat2. Ia adalah kurniaan Allah.




    Ya Allah bantulah hambaMu yang kelam ini...Kuatkanlah aku Ya Allah......Kuatkanlah aku Ya Allah......Kuatkanlah aku Ya Allah......Bantulah aku dan sahabat2ku yang lain yang turut sama dalam perjuangan meneroka ilmuMu yang maha luas ini.
    Ameen ya Rabbal alamin.







    ---
    Saya dapat telefon Rumiana Nusaibah tadi. Dia janji akan contact Dr Hazem, a historian dan pakar dalam bidang sejarah nusaibah family as a custody of the key of the church. alhamdulillah, nanti dia akan bagi saya nombor telefon Dr Hazem dan saya akan interview dia untuk tanya pasal research saya. alhamdulillah.....alhamdulillah...alhamdulillah... Satu jalan telah Allah Taala bukakan untuk saya.

    3 Comments:

    Blogger Carrie-Ma said...

    fatimah sahabatku,

    sepanjang waktu membesar mengenali dirimu, walau sesukar mana pun, walau sepayah mana pun, walau segetir mana pun, perkataan 'putus asa' tidak pernah ada dalam diari hidupmu. justeru, aku yakin dirimu pasti berjaya meraih kejayaan yang diidamkan, insyaAllah...

    p/s: cemburu melihat teman2 bergelumang dgn ilmu...

    5:45 pm  
    Blogger didie said...

    Subhanallah, Care... Terima kasih atas titipan mutiara mu yang menyuntik semangat itu... Awak kerja apa asekarang.. baca blog cam jadi bos aje... bagus la... bimbinglah anak2 buah dengan baik insha Allah...

    11:28 am  
    Blogger Pustaka Hanif said...

    fuh..dasat betul cabaran buat Phd ni...

    7:26 pm  

    Post a Comment

    << Home

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger