Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Tuesday, May 12, 2009

    Bekas fasi saya kena tahan

    Membaca akhbar Utusan hari ni, saya terpana:


    Ahmad Ramzi ditahan
    12/05/2009 1:48pm


    KUALA TERENGGANU 12 Mei – Polis Terengganu hari ini menahan Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir bagi membantu siasatan kes penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) pada pertengahan April lalu.
    Ahmad Ramzi ditahan pada pukul 8.30 pagi ini sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.
    Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner II Hamzah Mohd. Jamil yang mengesahkan penangkapan itu berkata, polis mempunyai bukti bahawa Ahmad Ramzi terlibat dalam penghantaran SMS yang mengandungi ugutan bunuh itu. – Utusan.



    Ahmad Ramzi yang kini telah bergelar Datuk Dr ialah salah seorang fasilitator Summer Camp Kelab Remaja Islam Terengganu ABIM yang pernah saya ikuti ketika di SMAASZA dulu.

    Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Mesir, dan apabila saya kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Mesir, beliau pernah cuba contact untuk mengajak saya melibatkan diri dengan KRIM lagi. Namun ketika itu saya telah disibukkan dengan kerja2 yang lain.


    Saya masih ingat antara notion yang ditanamkan ketika summercamp dulu ialah politik itu kotor. Justeru mesejnya janganlah melibatkan diri dengan politik.


    Bila saya telah menganjak dewasa dan telah melihat dunia yang lebih luas, saya mendapati bahawa politik itu tidak semestinya kotor, tapi mereka yang memegang politik itulah yang membuat pilihan untuk mengotorkannya atau tidak. Sepertikalah memasak makanan. Memasak tak semestinya kotor. Tapi kalau kita memasak dengan menggunakan bahan2 yang kotor, peralatan yang kotor, dan cara yang mengotorkan, tentulah perbuatan memasak cara itu menjadi kotor.


    Justeru, sebagaimana aktiviti memasak tadi sangat penting, malah menjadi kewajipan, kalau tak de sesiapa yang boleh menyediakan makanan yang halal danbaik. Ketika itu, terpundaklah tanggungjawab ke atas bahu setiap Muslim untuk menyediakan makanan yang baik dan halal.


    Begitu jugalah politik. Politik dalam negara lebih besar dari memasak untuk makan. Kerana dalam politik itulah tersusun semua urusan baik dunia mahupun akhirat, segala2nya.



    Justeru, kalau semua yang memegang politik pada suatu masa adalah seperti 'orang2 yang memasak dengan cara yang kotor' dan menggunakan bahan2 yang kotor, maka menjadi kewajipanlah ke atas setiap warganegara untuk mengusahakan agar pemegang politik itu kembali kepada orang2 yang mampu membawa politik itu dengan cara yang halal dan bersih kembali.



    Malangnya bekas fasi yang mengajar saya supaya tidak melibatkan diri dengan politik kerana ia kotor telah pun melibatkan diri dengan politik yang kotor itu. Saya doakan semoga beliau kembali memilih jalan politik yang bersih dan halal. Insha Allah.

    Atau mungkin beliau sebenarnya tidak tahu bahawa politik itu sebenarnya ada jalan yang halal dan baik yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.?

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger