Jalan2 summer
Pergi GP (General Practitioner) untuk 8 month review Nabhan. Baby kelahiran sini akan di check pada tarikh2 tertentu untuk memastikan tahap kesihatan dalam keadaan baik. Setelah ditimbang, Nabhan dah berat 8.12 kg, dan tinggi 67 cm. Midwife cek kebolehan Nabhan pegang benda. Dia bagi blok kayu dan rice crisp untuk Nabhan pegang. Lulus. Dia buaikan loceng bertali depan Nabhan, Nabhan tangkap guna tangan. Lulus. Dia bagi berus gigi dan ubat gigi, serta sebuah beg berisi buku untuk kanak2 percuma. Dia pesan supaya mula gosok gusi Nabhan dengan berus dan ubat gigi itu untuk rangsang pertumbuhan gigi. Dr cek dada, mata, telinga, kelangkang, badan dan belakang Nabhan. Alhamdulillah semua baik.
Strawberry picking
Pitgomerry PYO

Library St Andrews U
Hantar buku, ambil kad dan pinjam beberapa buku.
Alanhill Farm
Petik buah strawberry juga. Buah kat sini besar2. Ada yang sebesar buah epal. Jenis lain kot. Manis juga, tapi kurang sket dari yang tadi. Kalau kena petik, ada juga yang sangat manis.
Ladang Alanhill luas. Macam2 dia tanam. Gandum pun ada. Starwberi di bawah bumbung plastik pun ada. Habis round sambil ambil gambar, kami singgah dipondok utama. Pelbagai sayuran juga dijual dan produk ALanhill. Ada kek. Ada madu dari Alanhill Farm. Kat belakang kedai tu ada kilang gandum. Lagi best kat sebelah kilang tu ada rumah mereka. So, tak payah drive jauh2 untuk ke tempat kerja. Rezeki depan mata dengan nikmat tanah yang Allah bagi.

Kedai aiskrim di St Andrews,
Apa lagi, aiskrim kegemaran kami, Ferrero Rocher la. Beli satu kon dan 1/4 liter cup. Nabhan merengek2 dalam carseat minta diriba tengok saya pegang aiskrim. Dia pun nak!. Bagi dia rasa, ingatkan sejuk dia tak nak. Makin minta pula. Lepas makan aiskrim, dia meniarap atas baju saya. Rupanya muntah. Waaa.... Habis baju ummi.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home