Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Tuesday, March 14, 2006

    Nabhan kena seterika

    Ahad: 05-03-06
    Nabhan menyentuh seterika panas.
    Walaupun suiznya telah ditutup, tapi masih panas. Tapak tangan kirinya melepuh. Putih. Macam daging ayam digoreng dalam kuali. Suara jeritannya menangis mengejutkan saya yang sedang berpakaian untuk ke usrah di rumah K A. Saya berkejar. Seterika tergolek di sisinya. Segera saya mencari Gel Gamat, di mana pula saya letak. Ada dalam kotak first aid.
    Abang yang sedang membantu Dr Q berpindah rumah, segera saya telefon. Maklumkan kejadian. Abang pulang. Saya dakap Nabhan yang sedang menangis kesakitan. Abang tiup tangannya sambil selawat. K A juga saya maklumkan ketidakhadiran saya. Sukar untu tinggalkan Nabhan dalam keadaan begini, mahupun bawa dia bersama. Nabhan perlukan saya dan rehat. Tangannya masih sakit. Saya beri paracetamol. Susukan. Dia tidur.

    Bangkit, Nabhan kembali cergas. Saya risau dia tak pandai kawal tangan dia. Pertama kali pengalaman tangan terbakar baginya. Tapi tidak. Nabhan dapat mengawal tangannya dengan baik. Ketika bermain dan memanjat kerusi atau katil, dia menyimpan tangannya agar tidak tertindih atau tersentuh.

    Isnin. 06-03-06
    Tangan Nabhan yang melecur telah mula dipenuhi air. Dia masih mengawal. Dia tidak menangis sakit. Malah meneruskan aktivitinya seperti biasa. Kekadang dia meniup2 tangannya meniru kami.

    Selasa 07-03-06
    Nabhan terjatuh (lazim). Kulit tangannya yang dah menggelembung besar terbocor. Air bisa mencurah keluar macam orang mengandung ‘pecah air’. Saya pekap dengan tisu. Bau air bisa merona. Bawa ke GP. Dr Scarhil cek dan dia kata OK, akan sembuh sendiri.
    Nabhan diberi antibiotic. Isnin temujanji.

    Isnin (13-03-06)
    Bawa Nabhan ke GP. Nabhan diam saja masa Dr cek tangan dia. Tak nangis. Sebelum tu, kalau saya yang minta nak tengok tangan, dia tak bagi. Dr kata OK. Minta Practise Nurse buat dressing. Nurse kata dia concern jari manis Nabhan bertangkup dengan tapak tangan. Dia dressing tangan Nabhan dengan pantas dan kemas. Nampak terlatih. Comel aje tangan Nabhan berbalut dengan bandage.
    Dr bagi referring letter supaya bawa ke Hosp. Nines,
    Ward 29, Children Clinic. Refer kepada Plastic Surgery.
    Tunggu dalam wad, Dr datang. Cek. OK. Esok akan tengok balik dalam pukul 8 pagi, Nurse kata mungkin akan masuk theatre. Saya agak risau.

    Selasa.
    Nurse pesan, Nabhan dibenarkan minum susu sampai pukul 7 pagi sahaja. Bawa ke hosp. Nabhan main toys di ruang menunggu. Dia cepat sesuaikan diri dengan tangannya yang berbalut. Dia boleh main dengan sebelah tangan sahaja. Tak sibuk pun nak minta tangannya dibuka balutan. Dr datang di kala Nabhan baru seronok mencuba kereta. Dia menangis seketika, tapi kemudian akur bila saya bawa ke bilik rawatan. Ramai dr. 4 orang. 2 nurse. Dr (agaknya yang paling pakar) cek tangan Nabhan. Dia kata OK, boleh sembuh sendiri. Saya risau epidermis Nabhan telah musnah. Sebab dia dah tak rasa sakit. Tapi Dr kata dia masih boleh gerakkan tangan dia, maknanya, saraf dia masih OK, dan akan sembuh sendiri.

    Jadi dia minta nurse dressing balik. 2 nurse cuci tangan Nabhan. Nabhan sepatutnya tak nangis, tapi agaknya agak kuat nurse tu buat dan lama, Nabhan tak tahan, dan nangis. Ngeri juga saya tengok. Nurse cuci dengan lolipop-sponge dan air garam rasanya. Kemudian, kepit kulit yang dah mati tu dengan forsep plastic. Time tu la nampak agak kasar, sebab bukan sahaja dia tarik kulit tu, tapi dia juga macam tekan2 isi nabhan, mestila sakit, huhuhu.
    Sabar Nabhan. Kalau ummi duk kat situ pun sakit gak. Tapi Nabhan anak yang penyabar, dia tak menggelupur pun, hanya nangis sahaja, subhanallah….
    Nurse balut tangan nabhan dengan gauze dan bandage. Ibu jari dikeluarkan untuk indikasi darah berjalan. 3 hari lagi kami diminta ke GP untuk tukar dressing. Lagi seminggu akan ke Nines lagi cek tangan Nabhan. Nabhan diberi hadiah sebuah buku cerita. Hadiah kerana sakit, huhu. Nurse tanya nabhan nak sarapan apa. Sebab tadi Nabhan tak leh makan. Persediaan kalau kena masuk theatre. Nurse buatkan roti bakar dengan mentega. Hidag dalam pinggan plastic yang comel. Nabhan makan sekeping sambil duduk dalam kereta yang diidamnya sebelum doktor datang tadi.

    Investigation:
    Ktika kejadian, seterika telah mengadap ke dinding. Mungkin Nabhan pegang tangkai seterika dengan tangan kanan, seperti biasa. Kemudian, untuk angkat seterika yang agak berat tu dari atas meja ke bawah Nabhan pegang muka seterika dengan tangan kiri. Jadi sementara nak turun ke bawah, agak lama juga la tangan Nabhan melekap ke seterika tu. Sebab tu kena deep burn. Oleh kerana dia tak expect seterika tu panas, tindakan reflek melepaskan seterika tidak berlaku. Biasa dia main, seterika tu sejuk aje, jadi, dia tak sangka la seterika tu panas. Faktor itu juga menyebabkan Nabhan pegang seterika panas itu lebih lama. Tindakan reflek badan nabhan masih belum belajar.

    6 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    syafahullah unt nabhan. kesian..sama2la kita amik iktibar unt lebih2 berhati2 pd ms akan dtg.

    3:18 am  
    Blogger Korakora said...

    cadangan dari guru. utk elakkan anak2 pegang benda panas, bagi pengalaman "merasa" dulu.

    bukanlah sentuh seterika/cerek yg tengah panas2 tu. tapi yg rasa panas sikit2 dan tak mendatangkan bahaya.

    bila anak2 dah pegang benda tu dan letak lama sikit, dia rasa panas. lenkali dia tak pegang lagi walaupun benda tu sejuk.

    4:14 am  
    Blogger didie said...

    anonymous: jazakumullah atas doa...

    bukunota: memang dah ajar. sebelum ni memang rak main. Lately, dia tengok seterika tu tak panas, siap buat kereta lagi. Tu yang dia tak expect seterika tu panas masa pegang. as well as ummi dia pun tak expect dia akan pegang.

    11:04 am  
    Blogger Kha said...

    assalamualaikum..
    bagus nabhan yer~..releks je die..hehe..tapi mesti die akan ingat apa yg terjadi dgn tangannya kan??..same wif my bro..tangannya di"cop" dgn "sign smoke" yg terdapat dlm kete oley abgnya~..sampai skang masih terdapat parut itu~

    -khaulah-

    2:00 pm  
    Anonymous Anonymous said...

    rasanya saranan bukunota tu betul dah.cuma saya rasa, lebih baik jangan biarkan nabhan anggap seterika tu adalah permainan kereta.sebab dia anggap mainan la dia dok main dan tak sedar time tu tgh panas. biarkan dia anggap seterika - panas. dah beso sket, lehla jadi: seterika - panas - gosok baju. Hehe.:)

    6:58 am  
    Blogger didie said...

    violet:ye ke, takziah diucapkan. Ana pun pernah cap tangan sendiri dulu dengan sign smoke tu dulu2. Biasalah kecik2 inkuiri tu tinggi. Hangit bau satu kereta. Cam ayam terbakar.
    anonymous:insya Allah diusahakan. jzklh...

    5:40 am  

    Post a Comment

    << Home

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger