nabhan terseliuh
Saya sedang memasak di dapur. Nabhan berulang alik dari dapur ke ruang tamu. Sejak dapat kaki, dia memang tidak senang duduk. Tiba-tiba terdengar dia menangis dan menjerit2 perlahan. Biasanya dia kalau menangis tidak lama. Sebentar kesakitan hilang, dia akan berhenti serta merta dan boleh kembali ketawa. Nabhan datang pada saya yang sedang memegang senduk sambil merengek2.
Agaknya nak susu. Saya tawarkan susu. Sekejap dia berhenti. Menangis lagi. Nak tidur? Masuk buai. Tak tidur jugak. Bawa kepada abahnya. Main-main, gelak-gelak. Nak ummi jugak. Merengek2 lagi. Saya ke dapur menjenguk ikan dalam kuali. Nabhan mengekor di depan. Jalan-jalan jatuh, jalan-jalan jatuh sambil menangis. Mengantuk? Matanya kelihatan segar.
Ke sakit kaki? Saya mendudukkannya sambil memeriksa tapak kaki. Takut terpijak apa2. Dia diam bila saya memeriksa kaki. Tiada apa2 tanda luka atau merah. OK. Bangun. Dia jalan lagi. Setapak dua jatuh dan menjerit kecil. Terseliuh kot, cadang abahnya.
Ha? Nabhan terseliuh? Dari gaya dia berjalan dan jatuh, ada kemungkinan.
Alahai kesiannya anak ummi. Kecik2 dah terseliuh kaki?
Saya dudukkan dia kembali. Pegang kaki. Urut-urut. Dia diam. Saya baca selawat dan tiup-tiup kakinya. Dia pegang kakinya dan tarik ke mulut. Ingatkan nak gigit. Dia tiup juga. Hihi. Pandai sungguh meniru.
Maghrib dah masuk. Kami bersiap untuk solat. Nabhan duduk di samping. Nabhan rehat ye. Jangan jalan, nanti kaki sakit. Nabhan yang baru setahun 3 bulan 12 hari, duduk. Tapi, dia mana biasa duduk saja sejak dapat kaki. Ketika kami solat. Dia bangun nak solat sama. Jalan 2 langkah, jatuh. Jalan 2 langkah, jatuh sambil menjerit2 kecil. Habis solat, saya urut kaki Nabhan dengan minyak angin hijau. Sambil baca selawat dan hembus. Dia pegang botol minyak dan suap ke mulut. Huhuhu. Menjerit lagi sikecil tu. Meleleh-leleh air liur dia.
Dia pegang kaki. Tarik ke mulut. Dan tiup. Hihi. Comel betul.
Dia cuba bangun, dan berjalan. Tapi kakinya nampak sakit. Saya suruhnya berehat. Saya dapat faham perasaannya. Tentu dia tidak faham kenapa kakinya sakit. Itu kali pertama dia berpengalaman begitu. Dia pegang kaki. Seolah-olah nak buang ‘sakit’ yang ada di situ. Dia menjerit-jerit kecil seolah-olah marah kerana ‘sakit’ masih ada di situ. Hmm.. lucu pulak rasanya kecil-kecil sudah seliuh.
Saya urut-urut lagi. Nampak ada urat biru yang timbul dekat pergelangan kakinya. Bila diurut, dia menjerit. Hmm, agaknya di situ la yang sakit. Buku lali dah kelihatan agak bengkak. Jam pukul 7.00. Nak telefon mak pun sekarang tengah malam di Malaysia. Mak pandai urut. Mungkin mak boleh bagi nasihat.
Akhirnya untuk elakkan Nabhan jalan banyak, saya susu dan tidurkan Nabhan. Sian dia. Dia tengah aktif nak main. Tapi akhirnya dia tidur juga. Mudahan, esok kakinya akan sembuh, Syafahullah….

0 Comments:
Post a Comment
<< Home