Oh Terengganu, negeriku....
Terasa sedih di hati apabila mengenangkan barakah [growth and expansion] yang dimiliki rakyat terengganu kini semakin berkurangan,
Ketika pulang ke malaysia tahun 2005, pakcik nelayan bersuara, "ikan2 dah kurang sekarang. Masa kerajaan sebelum ni, ikan2 banyak di perairan. ikan2 di pasar banyak, harga pun jadi murah.
Sekarang, nelayan pergi ke laut dalam, nak balik ke darat pun tak lalu, sebab tak de ikan nak bawa naik. nak bayar upah pada juak2 lagi". Betul. Bila saya ke pasar, harga ikan memang tinggi.
Mungkin kita rasa ni cam tak logik, itu hakikatnya yang berlaku.
Barakah maknanya "growth and expension". Yang Allah janjikan bila kita bayar zakat, harta kita akan bertambah barakah. Akan semakin bertambah. bagaimana dengan MEMBAYAR, harta kita akan berTAMBAH?
itulah dengan barakah dari ALLAH.
Dulu, kuasa beli rakyat tinggi. Duit macam2 masuk, wang ehsan (royalti), duit kebajikan, duit kebajikan dari kerajaan PAS dll. Bila kuasa beli rakyat tinggi, pekedai2 pun boleh berniaga dengan baik. Sekarang, bila duit tak de, pekedai nak berniaga pun tak de orang nak beli. tukang gunting rambut pun tak de pelanggan.
Yelah, kalau dah tak de duit, lebih baik gunting sendiri kat rumah, kan? herot pun herot la.
...
Sebagai rakyat kelahiran Terengganu, saya terfikir,
Dulu, sebelum royalti minyak dimiliki kerajaan Terengganu, pembangunan sangat perlahan di negeri saya. Daerah yang saya duduki, tidak pernah berubah, dari saya masuk sekolah rendah, hinggalah saya berhujrah ke KISAS. Balik kampung, wajah yang serupa. Bila saya menyambung pengajian ke luar negara, negara heboh bila royalti minyak ditarik dari Terengganu. Desas desus kedengaran kemunduran kian memakan rakyat. Sammy Vellu memberhentikan projek lebuhraya pantai timur hingga ke pahang sahaja. Sebelum pilihanraya, perancangannya hingga hujung Terengganu (tak masuk Kelantan). Biar orang Terengganu rasa susah. Duduk bawah kerajaan baru tak boleh merasa senang. Apa orang Terengganu tak bayar cukai ke?
Bila saya pulang, saya tak kenal jalan kecil masuk rumah saya sebab dah ada trafik light! Rumah jiran saya di muka jalan yang dulu kayu dah berubah jadi batu. Kedai kayu sederet di kepala jalan itu yang dulu terbakar, ketika itu dah terbangun kedai batu 3 tingkat. Sungguh saya tak kenal. Label jalan yang dulu kayu senget tak nampak kalau orang cari, ketika itu dah jadi label besar. JALAN MELATI, tertulis megah di atas signboard yang sama dengan petunjuk ke Kuantan. Dari rumah saya nak ke bandar Dungun, ada 3 trafik light. Jalan pun dah cantik dan besar. Pergi ke tepi pantai, pantai yang dulu semak terbiar tak terurus, ketika itu macam pantai peranginan. rumput terpotong rapi dengan pepohon ru. Sampah sarap juga tidak kelihatan. Ibu saya kata setiap Jumaat akan ada pekerja datang potong rumput dan bersihkan pantai.
Dulu harapkan sesiapa yang rajin sukarela bakar sampah kat pantai.
Oh Terengganu, negeriku....


0 Comments:
Post a Comment
<< Home