Nabhan masak mi jawa
Hari ini ada usrah bujang kat rumah. Nabhan tolong saya masak mi jawa. Saya kupas kentang dan bawang dalam dulang. Nabhan tolong sama kutip kulit kentang dan bawang dalam dulang dan tabor atas lantai. Saya biarkan sahaja. Nak tengok Nabhan bina kreativiti dengan tindakannya. Mengongkong tindakan bayi akan menyekat perkembangan mindanya. Selagi perbuatannya tidak bahaya kita biarkan dan awasi dengan mata sahaja. Bersepah tu biasalah. Boleh kemas balik. Itu satu proses pembelajaran bagi kanak-kanak.
Sambil mengupas mulut saya memperkenalkan. “Bawang, kentang”. Nabhan cuba ikut. “Babah, tatan”. Saya tersenyum.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home