Tempe oh tempe, mari kita buat tempe.

Tempe adalah makanan yang sangat enak. Saya mula berkenlaan dengan tempe sejak bersekolah rendah ketika mengunjungi rumah abang di Seremban. Sejak itu saya menjadi penggemar tempe, terutama tempe goreng. Setelah berumahtangga, suami saya yang berketurunan Jawa sangat rapat dengan tempe. Ibu mertua saya selalu memasakkan sajian yang enak2 dari tempe.
Antara yang paling saya suka ialah sambal jawa. Yang menggunakan tempe sebagai bahan asas.
Ibu merua saya turut mengajarkan kepada saya cara membuat tempe secara tradisional. Iaitu dari tempe yang dikeringkan. Say acuba buat beberapa kali, cuma hasilnya, walaupun masih boleh dimakan, tidak sebagus yang dibuat oleh ibu saya. Mungkin juga kerana cuaca di UK yang dingin membuatkan proses fermentasinya tidak sememberangsang di tanah air.
Syukurlah saya bertemu satu website yang memberikan penerangan secara detail bagaimana membuat tempe. Malah menyediakan perkhidmatan membeli tempe starter (ragi).
Untuk individu yang duduk di luar negara seperti saya, sudah pastinya peluang keemasan ini sangat berharga.
Malah, bagi yang baru berjinak2 untuk belajar membuat tempe, boleh mendapatkan sample tempe starter percuma dengan hanya sedikit bayaran pos. Klik di sini untuk memesan sample tempe starter
Sila rujuk di sini http://www.tempeh.info untuk maklumat lanjut berkenaan cara membuat tempe dan selok belok tempe.
Anda pernah buat tempe? Sila sharekan pengalaman anda dan petua2 membuat tempe di ruangan comment.


4 Comments:
Masa kat Soton dulu mmg pernah nak cuba buat tempe sendiri tapi tak yakin boleh jadi guna resepi internet. Tak tahu kak Fa tau, boleh berguru!
:)
O ye ke, kat glasgow ada orang buat jual,
ni nak try buat guna ragi tempe. tak pernah cuba lagi. sebelum ni try buat guna tempe juga.
akak pon peminat tempeh!
pernah cuba tp silap suhu:). tempe manja sikit, tak boleh panas sangat, tak boleh sejuk sangat. last2 tak menjadi sangat tp masih boleh dimakan. cuaca sini pula asik berubah2:).
anyhow, cantik yang tempe fa buat tu. asalkan fungi tumbuh okla tu. boleh wat jualan:).
kat tmpt akak ni, nak cari org jual tempe senang je, cari org indon. jual murah sangat, satu pek besar tu £2 sahaja (unt regular contumer), siap delivery hihi:).
Tapi, kalau rajin dan banyak masa unt experimental, buatlah sendiri.
tahniah!
ehehe, anonymous ni sape yek? k najat ke?
tahu... akak memang penggemar tempeh tegar, hehe.
tempe kat gambar tu bukan saya yang buat, tu amik gambar kat internet, dulu pernah buat guna ibu dari tempeh. Ingat nak try buat pakai tempe starter. tapi starter nya yang diorder belum sampai lagi... hehe..
Post a Comment
<< Home