Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Wednesday, September 15, 2010

    Tatkala diri diuji.

    Di kala diri mencari sumber inspirasi menakhodai bahtera hidup membelah samudera terbentang luas, saya menemui catatan ini, yang mungkin simple bagi ramai orang, tapi cukup menyentuh jiwa buat saya ketika ini. Lalu saya simpan ia di sini agar dapat saya tenung2 lagi buat pedoman di hari muka... Terima kasih Ummu Ammar

    TUESDAY, DECEMBER 15, 2009

    Tatkala Diri Diuji

    Ujian dan cabaran sesuatu yang normal kita hadapi dalam kehidupan seharian.Betul lah kata orang, kadangkala kita rasa ujian yang Tuhan berikan pada kita sudah terlalu berat, rupanya ada lagi ujian yang lebih berat diturunkan kepada hambaNya yang lain.


    Contohnya, setiap hari paparan kehidupan insan yang berdepan dugaan hebat kita tatap dalam dada-dada akhbar. Antara yang amat menyayat hati, seorang bapa , Samsuri Maulana, 46, yang kehilangan empat orang anak sekali gus di hadapan matanya sendiri termasuk sepasang kembar di tali air di ladang kelapa sawit di Kota Shahbandar, Rompin pada pukul 1.30 petang 7 Disember yang lepas. Empat anak Samsuri yang mati lemas ialah anak kembarnya yang berusia 15 tahun, Mohd. Shukri dan Syafiqah, Mohd. Syafik, 12, serta Nursyakirah, 7.

    Beberapa hari lepas juga, tragedi pengantin baru, Allahyarham Mohd Ariff Abdul Kadir maut bersama kedua ibubapa dan seorang rakan selepas hanya 3 jam bergelar suami. Saya tidak mengenali isteri Allahyarham, Teh Afifah Syahirah, tapi sebagai seorang perempuan tersentuh jiwa saya dengan ujian yang menimpa Teh Afifah. Bak kata orang, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..


    Dari kelembutan wajahnya, Teh Afifah punya jiwa yang kuat. Saya akui lewat catatan Teh dalam laman friendsternya :Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempunakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami…[18:10] Mampukah saya setabah dia apabila berdepan dugaan sedemikian?

    Pernahkah anda semua berdepan ujian yang dahsyat seperti En Samsuri mahupun Teh Afiffah?

    Semua yang bergelar insan pastinya telah, pernah, dan akan berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian, cabaran, masalah, kesulitan, atau kegagalan. Itulah hakikat insan yang hidupnya pasti berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran. Bahkan Allah SWT sendiri menjelaskan hal ini melalui firmanNya dalam AlQuran:

    “Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”


    Dan dalam ayat yang lain Allah menerangkan:

    “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi?”

    Setiap insan akan diuji dengan ujian dan cabaran yang berbeza. Bentuk-bentuk ujian ni ada macam-macam :
    1. Ada yang diuji dengan kegagalan, kemiskinan, sakit, penindasan dan kehilangan, masalah
    2. Ada yang diuji dengan kebaikan, kekayaan, kejayaan dan lain-lain
    3. Ada juga yang diuji dengan kesalahan, dosa-dosa, dan sebagainya.
    4. Ada ujian bagi orang perseorangan
    5. Ada ujian ke atas kumpulan, masyarakat, negara atau jemaah

    Bagaimana seharusnya apabila kita berdepan dengan ujian dan dugaan dari Allah SWT?

    Redha dengan ketentuan dan takdir dari Allah SWT
    Allah SWT tidak pernah bersikap zalim terhadap hamba Nya. Bahkan Dia Maha Adil dalam segala sesuatu. Sebaliknya manusialah yang mempunyai sifat gopoh. Mereka selalu menghadapi Qadha’ Allah dengan rasa kesal dan tidak reda, lebih-lebih lagi kalau yang menimpanya itu sesuatu yang pahit. Dia mengira kalau dia mendapat kesenangan itu membuktikan bahawa Allah reda kepadanya. Sebagaimana dia mengira bahawa Allah benci kepadanya jika ia mendapat bencana.Inilah gambaran akal manusia yang sangat terbatas.

    Sedangkan Allah menafikan sekeras kerasnya anggapan yang salah dan keliru tersebut di dalam firman-Nya:

    “Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberikan-Nya kesenangan, maka dia berkata: Tuhanku telah memuliakanku. Adapun apabila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: Tuhanku menghinakanku. Sekali-kali tidak (demikian).

    Sentiasa ingat bahawa setiap ujian yang menimpa adalah untuk menuntut kita untuk menjadi yang lebih baik.
    Rasulullah SAW menjelaskan:

    “Sungguh mengkagumkan keadaan seorang mukmin, keadaan mereka sentiasa dalam kebaikan. Tidak terjadi hal yang demikian itu melainkan bagi seorang mukmin. Jika mendapat kesenangan ia bersyukur dan hal itu merupakan kebaikan.Dan jika ia tertimpa kesusahania bersabar dan itu juga merupakan kebaikan baginya”.

    Sentiasa memohon pertolongan Allah dalam segenap hal dan bertawakal kepada Allah.

    Dari Abdullah Bin Mas”ud RA, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

    Barangsiapa yang selalu ditimpa kesedihan/kegundahan maka hendaklah dia membaca: “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-mu, dan anak abdi-Mu, dan anak-anak-Mu, dan (berada) didalam genggaman-mu, ubun-ubunku ditangan-Mu, dan berlaku keatas (diri) ku hukum-Mu, dan adil padaku ketentuan-Mu, aku memohon kepadaMu dengan semua nama milik-Mu, (samada) yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau yang Engkau turunkan dia di dalam kitab-Mu, atau yang Engkau simpan tersembunyi di alam ghaib disisi-Mu; kiranya Engkau jadikanlah Al Quran sebagai penghibur hatiku, dan sebagai penawar kesedihanku dan kedukaanku”.

    Tidak seorang hambapun yang membaca doa tersebut melainkan Allah hilangkan kedukaannya dan diganti-Nya (kesedihan itu) dengan kegembiraan.
    Dan dalam firman Allah menjelaskan:

    “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdo`a kepadaKu apabila dia berdo`a. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk”.

    Bersabar dan Bersikap pro aktif serta tidak reaktif apabila menghadapi cabaran dan ujian.
    Sentiasa memikirkan peluang dan apa yang boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan tersebut dan bukannya dengan bereaksi dengan emosi dan hawa nafsu. Ingatlah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

    Sabda Nabi s.a.w kepada Ibnu `Abbas ketika itu dia masih kecil: Maksudnya:

    Wahai anak kecil! Sesungguhnya aku ingin mengajarmu beberapa kalimat, iaitu, jagalah Allah (jagalah perintahNya) nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah (jaga perintahNya) nescaya engkau dapati Dia berada di hadapanmu (menunaikan keperluanmu). Apabila engkau memohon pohonlah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan minta tolonglah daripada Allah.

    Amat pasti, manusia adalah milik Allah, dan setiap inci tubuhnya berada dalam genggamanNya. Namun kenyataan bahwa segala sesuatu itu pasti kembali kepada pemiliknya, Allah swt, jarang sekali untuk dihayati dan bersedia.

    Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji'uun". (QS. 2:155-156)

    Insya Allah, dengan membiasakan meresapi hikmat kalimat Inna lillahi wainna ilahi roji’un ini, kita menjadi lapang dada dalam menghadapi setiap peristiwa, seburuk apapun, yang sudah menjadi takdir kita. Semakin dalam seseorang menghayati zikir ini semakin ringan dia menghadapi kehidupan yang berat ini, tanpa harus berdepan dengan stres mahupun putus asa.

    1 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    Jazakillahu khair...:'. really need this..

    3:13 am  

    Post a Comment

    << Home

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger